Login | FAQs | About UTHM Portal
Home arrow News Archive arrow ITB Indonesia terima graduan Diploma UTHM - sambung pengajian peringkat ijazah
ITB Indonesia terima graduan Diploma UTHM - sambung pengajian peringkat ijazah Print E-mail
Hear this article
Institut Teknologi Bandung (ITB), Indonesia bersetuju menerima graduan Diploma Sains Gunaan, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) untuk menyambung pengajian di peringkat Ijazah di kampusnya.

Pusat Pengajian Diploma (CeDS), UTHM sebelum ini telah mengadakan lawatan akademik ke Sekolah Farmasi, ITB Indonesia pada 21 September 2015 lalu bertujuan membuat artikulasi program Diploma Sains Gunaan dengan Program Ijazah Sarjana Muda Pharmaceutical Science and Technology dan  Ijazah Sarjana Muda Clinical Pharmacy and Community, ITB Indonesia.

Lawatan yang diwakili Tuan Hj Amir Khan Suwandi, Timbalan Dekan (Akademik dan Antarabangsa) dan Puan Aida Muhamad, Ketua Jabatan Sains dan Matematik itu melibatkan perbincangan bersama Timbalan Dekan Akademik ITB, Dr. Kusnandar Anggaderedja.

Rentetan itu, satu lawatan balas delegasi dari Sekolah Farmasi, ITB yang diwakili oleh Dr. Kusnandar Anggadiredja, Dr. Marlia Singgih Wibowo, Dr. Diky Mudhakir dan Dr.Lucy Dewi N. Sasongko telah diadakan melibatkan pertemuan bersama Dekan CeDS , Timbalan Dekan Akademik dan Antarabangsa, Timbalan Dekan Inovasi, Penyelidikan dan Hands On Service Centre serta Ketua Jabatan Sains dan Matematik di Pejabat UTHM Business Centre, Bangi pada 10 Disember 2015.

Pertemuan tersebut telah membincangkan secara lanjut berkaitan artikulasi bagi graduan program Diploma Sains Gunaan melanjutkan pengajian dalam bidang Farmasi di ITB.

Hasil perbincangan tersebut, pihak Sekolah Farmasi ITB telah bersetuju untuk menerima graduan Diploma Sains Gunaan UTHM untuk menyambung pengajian di Sekolah Farmasi sekali gus meletakkan mereka sebagai pelajar tahun dua di institusi tersebut.


 
logo-25-tahun-menegak_95.jpg
Technically Above The Rest
W3C Disability Access Decrease Font Size Increase Font Size
default purple colour blue colour green colour
© Universiti Tun Hussein Onn Malaysia 2009. All Rights Reserved.

This website is bound by the Legal Disclaimer, Privacy Policy, Security Policy and Copyright Notice mentioned.

This website is best viewed using Internet Explorer with Compatibility Viewed activated and Mozilla Firefox with screen resolution of 1024x768.