Login | FAQs | About UTHM Portal
Home arrow News Archive arrow Tan Sri Dato’ Sri Sufri kongsi rahsia kejayaan dalam Chairman Lecturer Series
Tan Sri Dato’ Sri Sufri kongsi rahsia kejayaan dalam Chairman Lecturer Series Print E-mail
Hear this article
Chairman Lecturer Series (CLS) siri pertama bagi tahun 2016 telah menampilkan Tan Sri Dato’ Sri Sufri  Mohd Zin, Pengarah Urusan Kumpulan TRC Synergy Berhad untuk berkongsi pengalaman dan rahsia kejayaan beliau khusus untuk warga Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM).

Program syarahan bertajuk “Jati Diri Mahasiswa Hadapi Cabaran Masa Hadapan” yang telah berlangsung pada 22 Februari lalu bertempat di Dewan Sultan Ibrahim, UTHM ini berjaya menghimpunkan kira-kira 700 peserta yang terdiri daripada penuntut dan staf UTHM.

Tan Sri Dato’ Sri Sufri, 59 yang juga merupakan Ahli Lembaga Pengarah UTHM (LPU) mempunyai 30 tahun pengalaman dalam bidang Pembinaan dan Pentadbiran Perniagaan. Pemegang Ijazah Sarjana Undang-Undang Perniagaan dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) ini juga turut menjawat jawatan sebagai Naib Presiden, Master Builder Association Malaysia (MBAM) selain menjadi ahli beberapa badan pertubuhan profesional yang lain.

Sepanjang menguruskan kerjayanya, Tan Sri Dato’ Sri Sufri telah menerima beberapa anugerah tanda penghargaan dan pengiktirafan terhadap komitmen yang telah dicurah beliau. Antaranya anugerah “CEO of The Year” for Malaysian Construction Industry Excellence Award (MCIEA 2009) daripada Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) dan Anugerah Darjah Kebesaran Panglima Setia Mahkota (P.S.M) oleh Yang di Pertuan Agong XIV pada tahun 2015 dengan membawa gelaran Tan Sri.

Dalam syarahannya, beliau yang kini sedang melanjutkan pelajaran peringkat ijazah kedoktoran menegaskan betapa pentingnya mahasiswa mempersiapkan diri dengan beberapa kemahiran seperti kemahiran komunikasi termasuk mahir berbahasa Inggeris, penampilan yang menarik selain cemerlang di dalam bidang akademik dan bukan akademik. Perkara ini perlu dititik beratkan kerana graduan masa kini perlu bersaing sesama sendiri untuk mendapat tempat di dunia pekerjaan.

Hadir sama di majlis syarahan tersebut, Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti, Tan Sri (Dr) Ir. Jamilus Md Hussin (LPU), Timbalan-timbalan Naib Canselor serta beberapa Pegawai-pegawai Kanan UTHM.

Untuk rekod, CLS ialah satu program syarahan yang telah diilhamkan oleh Pengerusi LPU, yang menampilkan tokoh-tokoh korporat berpengalaman bagi berkongsi ilmu serta pengalaman mereka khusus untuk warga UTHM dan juga masyarakat.
 
logo-25-tahun-menegak_95.jpg
Technically Above The Rest
W3C Disability Access Decrease Font Size Increase Font Size
default purple colour blue colour green colour
© Universiti Tun Hussein Onn Malaysia 2009. All Rights Reserved.

This website is bound by the Legal Disclaimer, Privacy Policy, Security Policy and Copyright Notice mentioned.

This website is best viewed using Internet Explorer with Compatibility Viewed activated and Mozilla Firefox with screen resolution of 1024x768.