Login | FAQs | About UTHM Portal
Home arrow News Archive arrow Alumni UTHM kumpulan pertama sumbang wang tunai untuk tabung Sabil Al-Hikmah
Alumni UTHM kumpulan pertama sumbang wang tunai untuk tabung Sabil Al-Hikmah Print E-mail
Hear this article

 alumniuthm.jpg 

SEREMBAN – Sejumlah RM1,111.00 wang tunai telah berjaya dikumpul melalui sumbangan daripada kumpulan Alumni Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) yang terlibat dalam Bengkel Pelan Strategik Alumni 2016-2020 anjuran Pusat Kemajuan Dan Hubungan Alumni (CARE) yang berlangsung pada 26 hingga 28 Februari lalu bertempat di Hotel Klana Resort, Seremban.

Kutipan sumbangan kewangan berkenaan dibuat bagi menyokong Tabung Sabil Al-Hikmah yang akan diwujudkan oleh pihak universiti bagi membantu penuntut-penuntutnya yang kurang bernasib baik. Penubuhan tabung tersebut merupakan cetusan idea dari Naib Canselor UTHM, Profesor Datuk Dr. Mohd Noh Dalimin untuk mengumpul dana melalui sumbangan ikhlas dari mana-mana pihak bagi tujuan kebajikan.

Tabung ini merupakan inisiatif universiti dalam usaha membantu seramai mungkin pelajar UTHM yang kurang berkemampuan dan memerlukan bantuan berbentuk kewangan, makanan, peralatan harian dan sebagainya.

Usaha murni ini juga bertujuan untuk mengurangkan jurang taraf hidup antara golongan pelajar miskin dan yang kurang berkemampuan dalam mengharungi kehidupan sebagai mahasiswa dengan saksama seterusnya melahirkan graduan yang cemerlang.

Pihak universiti mengucapkan setinggi penghargaan di atas keprihatinan para alumni kumpulan pertama yang komited memberi sumbangan serta menyokong perlaksanaan tabung tersebut walaupun ianya belum dilancarkan secara rasmi di peringkat universiti.

Sumbangan tersebut telah diserahkan kepada Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar Dan Alumni), Profesor Madya Dr. Asri Selamat yang hadir menyempurnakan bengkel Pelan Strategik Alumni 2016-2020 mewakili Naib Canselor UTHM.

Last Updated ( Isnin, 14 Mac 2016 )
 
logo-25-tahun-menegak_95.jpg
Technically Above The Rest
W3C Disability Access Decrease Font Size Increase Font Size
default purple colour blue colour green colour
© Universiti Tun Hussein Onn Malaysia 2009. All Rights Reserved.

This website is bound by the Legal Disclaimer, Privacy Policy, Security Policy and Copyright Notice mentioned.

This website is best viewed using Internet Explorer with Compatibility Viewed activated and Mozilla Firefox with screen resolution of 1024x768.