Login | FAQs | About UTHM Portal
Home arrow News Archive arrow 287 ahli SISPA UTHM meriahkan Majlis Pemakaian Pangkat Siswa Siswi Pertahanan Awam 2016
287 ahli SISPA UTHM meriahkan Majlis Pemakaian Pangkat Siswa Siswi Pertahanan Awam 2016 Print E-mail
Hear this article

10 Mac 2016, Batu Pahat – Siswa Siswi Pertahanan Awam (SISPA), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) telah mengadakan Majlis Pemakaian Pangkat Siswa Siswi Pertahanan Awam yang berlangsung pada 10 Mac lalu bertempat di Dewan Kuliah, Bangunan G3, UTHM.

Majlis yang melibatkan seramai 287 warga SISPA UTHM ini telah disempurnakan oleh Lt. Kol. Bersekutu (PA) Dr. Md. Nor Ramdon Baharom, Timbalan Komandan (Pentadbiran, Kebajikan, Seranta dan Logistik) SISPA UTHM selaku wakil rasmi Komandan.  

Beliau dalam ucapan mengingatkan ahli SISPA supaya menjadi contoh kepada warga universiti lain dari sudut kepatuhan kepada undang-undang serta tauladan terhadap tahap disiplin yang tinggi.

“Diharapkan anggota-anggota SISPA yang  ditauliahkan ini nanti akan terus berkhidmat sebagai sukarelawan JPAM atau menjadikan profesion  ini sebagai kerjaya mereka. Saya amat berbangga kerana SISPA UTHM telah banyak merangkul kejayaan dalam pelbagai aktiviti yang dianjurkan,” katanya.  

Jelas beliau dalam ucapan, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) telah lama beroperasi di bawah bumbung Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan kemudian pada 29 Julai  2015 JPAM telah diletakkan ke Jabatan Perdana Menteri. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim dipertanggungjawabkan menerajui bahagian pengurusan bencana alam. keputusan Mesyuarat Jemaah Kabinet pada 26 Ogos 2015.

“Kini JPAM mengambil alih tugas pengendalian dan pengurusan bencana dari Majlis Keselamatan Negara (MKN).Hal ini membuktikan bahawa kerajaan percaya akan kebolehan dan tahap komitmen JPAM sebagai badan professional dalam menguruskan bencana,” tambah beliau.

Majlis turut menyaksikan upacara pemakaian pangkat Pegawai Kadet SISPA, yang diketuai oleh Majlis Perwakilan SISPA (MPS), Pegawai Kadet SISPA Rujukan Kanan Muhammad Fadzly Mustafa.  Manakala bacaan ikrar SISPA UTHM diketuai oleh Pegawai Kadet SISPA Senior Muhammad Shazwan Abdullah.

Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Mejar (PA) Ahmad Aliuddin Mohd Amin, PPAD Muar wakil Pengarah JPAM Johor, Mejar Bersekutu (PA) Norza Iskandar Helmi Abdullah, Ajutan SISPA UTHM, Pegawai-pegawai Bersekutu, Ketua Jurulatih, Jurulatih-jurulatih dan anggota-anggota SISPA UTHM.

Last Updated ( Selasa, 15 Mac 2016 )
 
logo-25-tahun-menegak_95.jpg
Technically Above The Rest
W3C Disability Access Decrease Font Size Increase Font Size
default purple colour blue colour green colour
© Universiti Tun Hussein Onn Malaysia 2009. All Rights Reserved.

This website is bound by the Legal Disclaimer, Privacy Policy, Security Policy and Copyright Notice mentioned.

This website is best viewed using Internet Explorer with Compatibility Viewed activated and Mozilla Firefox with screen resolution of 1024x768.