Login | FAQs | About UTHM Portal
Home arrow News Archive arrow UTHM Johan Debat Piala Menteri Besar Johor 2016
UTHM Johan Debat Piala Menteri Besar Johor 2016 Print E-mail
Hear this article
13 Mac - Menyedari kepentingan debat dalam melahirkan mahasiswa yang berintegriti dan mempunyai kemahiran insaniah yang tinggi, Kolej Kediaman Tun Syed Nasir (KKTSN), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) dengan kerjasama Institut Integriti Kepimpinan dan Latihan Semangat Dato’ Onn (IKLAS) telah menganjurkan Pertandingan Debat Piala Menteri Besar Johor 2016.

Pertandingan yang berlangsung pada 10 hingga 13 Mac lalu bertempat di Kampus Induk UTHM ini telah menyaksikan pasukan UTHM meraih gelaran Johan setelah berjaya menewaskan pasukan lawan, Institut Perguruan Kampus Temenggung Ibrahim pada pertandingan akhir dengan usul “Bajet Johor 2016 Menjunjung Kemodenan Johor”.

Pasukan UTHM yang diwakili Muhammad Ikhmal Siddiq Bin Jefri Din, Siti Khadijah Binti Dermawan, Muhammad Amir Bin Ruzi dan Kanthan A/L Theva Kumaran berjaya membawa pulang hadiah wang tunai RM2,000, piala iringan dan sijil penyertaan.

Lebih membanggakan lagi sdr Muhammad Ikhmal Siddiq Bin Jefri Din (UTHM) dan juga penghuni Kolej Kediaman Tun Syed Nasir telah dinobatkan sebagai Penebat Terbaik Akhir pertandingan ini.
Hadiah kepada pemenang disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif IKLAS sendiri iaitu Encik Johan Arifin Bin Mohd Ropi. Turut hadir adalah Wakil Rasmi Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar) UTHM, Encik Azlan Bin Wanti.

Bertemakan “Johor Berkemajuan”, pertandingan ini melibatkan 20 pasukan daripada institut pengajian tinggi seluruh negeri Johor termasukUniversiti Teknologi Malaysia,(UTM), Universiti Kuala Lumpur (UniKL), Kolej Polytech MARA serta Institut –Institut Perguruan.

Pengarah Program, Amirul Faiz Abdul Latif berkata pertandingan ini merupakan satu platform yang baik bagi mencungkil bakat mahasiswa di samping membentuk keperibadian murni yang penuh dengan ciri-ciri kepimpinan.

Malah katanya, melalui debat juga para mahasiswa turut didedahkan dengan pelbagai isu semasa dan fakta menerusi usul yang melibatkan isu-isu terkini yang berlaku di dalam mahupun luar negara.
Sementara itu Pengetua Kolej Kediaman Tun Syed Nasir, Dr Mohd Halim Irwan Ibrahim pula berkata pertandingan seumpama ini mampu melahirkan mahasiswa yang berfikiran kritis dan kreatif melalui pembentangan usul yang dikemukakan.

“Menerusi debat ini, kita berharap agar para mahasiswa dapat memperoleh input yang berkesan daripada pertandingan yang mereka sertai ini," katanya.
 
logo-25-tahun-menegak_95.jpg
Technically Above The Rest
W3C Disability Access Decrease Font Size Increase Font Size
default purple colour blue colour green colour
© Universiti Tun Hussein Onn Malaysia 2009. All Rights Reserved.

This website is bound by the Legal Disclaimer, Privacy Policy, Security Policy and Copyright Notice mentioned.

This website is best viewed using Internet Explorer with Compatibility Viewed activated and Mozilla Firefox with screen resolution of 1024x768.