Login | FAQs | About UTHM Portal
Home arrow News Archive arrow Automotive Research Group sumbang mesin penapis air untuk warga kampus
Automotive Research Group sumbang mesin penapis air untuk warga kampus Print E-mail
Hear this article
Bersempena dengan Hari Air Sedunia (World Water Day) pada 22 Mac setiap tahun, Automotive Research Group (ARG-UTHM), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) telah mengambil inisiatif dengan mewakafkan sebuah mesin penapis air yang akan membekalkan air bertapis untuk kegunaan warga kampus.

Selaras dengan tema “Setitik H20, Pemangkin Keupayaan,” penyediaan air bertapis ini diharap dapat mengurangkan beban pelajar untuk mendapatkan bekalan minuman yang bersih sekali gus dapat meningkatkan lagi tahap kesihatan dengan kesegaran air yang dibekalkan.

Pemberian percuma mesin penapis air ini oleh ARG-UTHM merupakan salah satu inisiatif murni dari sekumpulan warga kampus untuk warga kampus yang lain.

Warga kampus boleh mendapat bekalan air bertapis secara percuma ini di hadapan Makmal Enjin Pembakaran Dalam (Makmal Automotif), Blok G2, Fakulti Kejuruteraan Mekanikal & Pembuatan.

 
logo-25-tahun-menegak_95.jpg
Technically Above The Rest
W3C Disability Access Decrease Font Size Increase Font Size
default purple colour blue colour green colour
© Universiti Tun Hussein Onn Malaysia 2009. All Rights Reserved.

This website is bound by the Legal Disclaimer, Privacy Policy, Security Policy and Copyright Notice mentioned.

This website is best viewed using Internet Explorer with Compatibility Viewed activated and Mozilla Firefox with screen resolution of 1024x768.