Login | FAQs | About UTHM Portal
Home arrow News Archive arrow Program Selangkah ke Menara Gading tarik minat pelajar sekolah sambung pengajian ke Universiti Awam
Program Selangkah ke Menara Gading tarik minat pelajar sekolah sambung pengajian ke Universiti Awam Print E-mail
Hear this article
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) melalui unit Pembangunan Insan, Pusat Pembangunan dan Pengembangan Pelajar (P3P) akan menganjurkan program Selangkah Ke Menara Gading yang melibatkan 250 pelajar sekolah sekitar negeri Johor pada 14-16 April akan datang.

Program dengan kerjasama Pejabat Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA) ini akan mengundang pelajar dari lapan buah sekolah dari lima daerah di negeri Johor iaitu SMK Linggiu Kota Tinggi, SMKA Bandar Penawar Kota Tinggi, SMK Tinggi Batu Pahat, SMK (perempuan) Temenggong Ibrahim Batu Pahat, SMK Tinggi Kluang, SMK Taman Kluang Barat, SMK Bandar Putra Kulai serta SMK (perempuan) Sultan Abu Bakar, Muar.

Objektif program ini dilaksanakan adalah untuk memberi pendedahan awal  kepada pelajar yang bakal menghadapi Peperiksaan Sijil pelajaran (SPM) untuk merasai kehidupan sebagai mahasiswa di Universiti Awam. Program ini juga bertujuan untuk memberi pendedahan tentang syarat-syarat kemasukan dan peringkat pengajian di UTHM.

Selain itu, program mentor mentee di antara penuntut UTHM dan pelajar sekolah turut diadakan bagi membantu mereka dalam menghadapi peperiksaan akan datang sekali gus untuk membentuk persepsi di dalam minda pelajar untuk menyambung pengajian di universiti awam.

Penganjuran program ini juga bertujuan memperkenalkan UTHM sebagai salah satu Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) yang mempunyai kepakaran dalam bidang kejuruteraan, sains dan teknologi kepada masyarakat luar.

Program Selangkah ke Menara Gading ini akan dilangsungkan di Dewan Kuliah 2, UTHM yang melibatkan 30 Ahli Jawatankuasa pelaksana program dari Kelab Kaunseling Dan Kerjaya (KKDK), UTHM. Majlis perasmian dijangka akan disempurnakan oleh Naib Canselor UTHM, Profesor Datuk Dr. Mohd Noh Dalimin.
Last Updated ( Isnin, 28 Mac 2016 )
 
logo-25-tahun-menegak_95.jpg
Technically Above The Rest
W3C Disability Access Decrease Font Size Increase Font Size
default purple colour blue colour green colour
© Universiti Tun Hussein Onn Malaysia 2009. All Rights Reserved.

This website is bound by the Legal Disclaimer, Privacy Policy, Security Policy and Copyright Notice mentioned.

This website is best viewed using Internet Explorer with Compatibility Viewed activated and Mozilla Firefox with screen resolution of 1024x768.