Login | FAQs | About UTHM Portal
Home arrow News Archive arrow FPTV UTHM teroka Kayak Slalom sempena sambutan Hari Keputeraan DYMM Sultan Johor
FPTV UTHM teroka Kayak Slalom sempena sambutan Hari Keputeraan DYMM Sultan Johor Print E-mail
Hear this article
BATU PAHAT - Seramai 30 ahli kelab pengakap Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional (FPTV), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) Johor telah menyertai program ‘Teroka Kayak Slalom’ yang diadakan di tasik Pejabat Pengurusan Penyelidikan, Inovasi, Pengkomersilan dan Perundingan (ORICC), UTHM pada 23 Mac baru-baru ini.

Program anjuran FPTV dan Pusat Sukan UTHM ini telah disempurnakan oleh Timbalan Dekan (HEPA) FPTV, Dr. Jamil Abd Baser. Ketua Jurulatih, Mejar Mohd Safiee Idris berkata, program intensif ini menitikberatkan tatakelola keselamatan berkayak dan 10 kemahiran berkayak yang mesti dikuasai oleh setiap peserta.

Program ini dimeriahkan dengan pertandingan empat acara kayak iaitu kayak solo lelaki dan perempuan serta kayak berpasangan lelaki dan perempuan.

Sementara itu Ketua Ahli Pengakap FPTV, Muhammad Irwan Mahasan berkata program ini sangat bermanfaat kepada setiap peserta kerana dapat meningkatkan lagi kemahiran disiplin yang ada dalam sukan ini.

“Saya ingin merakamkan setinggi penghargaan kepada pihak penganjur kerana melaksanakan program yang padat dengan pengisian dan input yang sangat berguna. Moga sukan ini akan mendapat tempat dalam kalangan  warga UTHM satu hari nanti,” katanya.
 
logo-25-tahun-menegak_95.jpg
Technically Above The Rest
W3C Disability Access Decrease Font Size Increase Font Size
default purple colour blue colour green colour
© Universiti Tun Hussein Onn Malaysia 2009. All Rights Reserved.

This website is bound by the Legal Disclaimer, Privacy Policy, Security Policy and Copyright Notice mentioned.

This website is best viewed using Internet Explorer with Compatibility Viewed activated and Mozilla Firefox with screen resolution of 1024x768.