Login | FAQs | About UTHM Portal
Home arrow News Archive arrow SISPA UTHM terima pengiktirafan di Majlis Sambutan Hari Ulang Pertahanan Awam Ke–64
SISPA UTHM terima pengiktirafan di Majlis Sambutan Hari Ulang Pertahanan Awam Ke–64 Print E-mail
Hear this article

02 April, Kangar – Siswa Siswi Pertahanan Awam (SISPA), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) menerima tiga pengiktirafan yang amat membanggakan apabila PPj. Kehormat (PA) Prof. Dr. Wahid Razzaly selaku Komandan SISPA UTHM menerima Pingat Bakti Pertahanan (PBP) Awam, Timbalan Komandan (Akademik & Operasi), Lt. Kol. Bersekutu (PA) Profesor Madya Dr. Ishak Baba menerima Anugerah Kecemerlangan Angkatan Pertahanan Awam Kategori Individu dan pasukan SISPA UTHM yang dipimpin Mej. Bersekutu (PA) Norza Iskandar Helmi Abdullah menerima Anugerah Kecemerlangan Angkatan Pertahanan Awam sebagai Pasukan Terbaik Kor Sispa.

Ketiga-tiga anugerah tersebut diterima di Majlis Hari Ulang Tahun Pertahanan Awam (HUTPA) Ke - 64 yang telah dihadiri oleh 3000 warga Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) pada 2 April lalu bertempat di Dewan 2020, Kangar, Perlis.

Majlis ini mencatat sejarah tersendiri apabila Raja Perlis, Duli Yang Maha Mulia Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Almarhum Tuanku Syed  Putra Jamalullail berkenan mencemar duli menyempurnakan majlis dan menganugerahkan Anugerah Kecemerlangan JPAM kepada 10 penerima.

Baginda dalam amanatnya bertitah bagi memperkasakan semangat kesukarelawan dan kebajikan yang tinggi dalam diri, pemimpin masyarakat perlu menganggotai pasukan Malaysia Civil Defence Force (MCDF) serta mempelajari segala ilmu yang terdapat dalam pasukan ini sebagai persediaan menghadapi sebarang kemalangan dan bencana.

Menurut baginda, kemalangan atau bencana dapat dielak jika masyarakat hidup bertamadun dan dapat berfikir dengan mentaliti kelas pertama di samping peka dengan keadaan sekeliling serta dapat berfikir kesan baik atau buruk sesuatu perkara.

Sementara itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato’ Seri Dr. Shahidan Kassim dalam ucapannya pula berkata JPAM akan bertukar nama kepada Angkatan Pertahanan Awam atau MCDF selepas Rang Undang-Undang Pertahanan Awam (Pindaan) 2016 dibentangkan pada sidang Parlimen pada Jun ini bagi mengesahkan pertukaran nama JPAM kepada MCDF.

“Melalui pertukaran nama ini, ia akan memberi dimensi lebih jelas mengenai peranan kuasa angkatan dalam pengurusan bencana dan kecemasan selaras dengan tanggungjawab MCDF sebagai barisan ketiga dalam sistem pertahanan dan keselamatan negara,” katanya.

Turut hadir pada majlis tersebut Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Azlan Man dan Ketua Pegarah JPAM, YAS Pj (PA) Datuk Haji Ogu Salim Omar. Tema sambutan pada tahun ini ialah 'Mendidik, Melatih dan Membentuk Rakyat Bersiap Siaga' bertepatan dengan bencana yang berlaku saban tahun.

Sebelum itu, Majlis Penganugerahan Bintang, Pingat, Sijil Penghargaan dan Sijil Kepujian Ketua Pengarah Pertahanan Awam telah dilangsungkan pada 1 April lalu bertempat di Dewan Pejabat Pertahanan Awam Negeri Perlis.

 


 

Last Updated ( Rabu, 06 April 2016 )
 
logo-25-tahun-menegak_95.jpg
Technically Above The Rest
W3C Disability Access Decrease Font Size Increase Font Size
default purple colour blue colour green colour
© Universiti Tun Hussein Onn Malaysia 2009. All Rights Reserved.

This website is bound by the Legal Disclaimer, Privacy Policy, Security Policy and Copyright Notice mentioned.

This website is best viewed using Internet Explorer with Compatibility Viewed activated and Mozilla Firefox with screen resolution of 1024x768.