Login | FAQs | About UTHM Portal
Home arrow News Archive arrow UTHM bina Rumah Komuniti di Kuala Lipis, Pahang
UTHM bina Rumah Komuniti di Kuala Lipis, Pahang Print E-mail
Hear this article
Abdul Rahman Bedu, 45 telah terpilih menerima sumbangan dari Bank Rakyat Berhad berupa sebuah rumah berharga RM40,000 beserta kelengkapan peralatan bernilai RM5,000 di bawah bantuan golongan asnaf.

Abdul Rahman, bapa kepada lima orang anak melahirkan rasa gembira dan terharu apabila keinginan memiliki kediaman sendiri akhirnya tercapai hasil keprihatinan banyak pihak. Sebelum ini, beliau yang mengalami kesempitan hidup tinggal di rumah usang dan tidak selamat untuk didiami.

Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) dalam masa yang sama telah berjaya mendirikan sebuah rumah komuniti  bernilai RM55,000 dengan mendapatkan dana  dari Evergreen Fireboard, Parit Raja Batu Pahat  sebanyak RM25,000 dan Bank Muamalat sebanyak RM20,000 serta selebihnya sumbangan dari individu.

Rumah ini dibina di atas tanah pemberian ikhsan Pejabat Daerah Kuala Lipis  untuk  penduduk Kampung Aur Gading, Padang Tunku, Kuala Lipis. Hasrat penduduk kampung selama ini untuk mendapat sebuah rumah komuniti  tercapai apabila rumah komuniti tersebut siap dibina untuk dijadikan sebagai pusat menjalankan aktiviti  bagi penempatan mangsa banjir  yang berpindah ke kawasan ini.

Pejabat Hubungan Universiti dan Masyarakat, UTHM  telah berjaya mengumpul dana sebanyak RM100,000 dari pihak swasta dan seterusnya telah menyelia pembinaan rumah tersebut hingga berjaya diserahkan kepada pemilik yang terpilih.

Kedua-dua kunci rumah ini telah disampaikan oleh Dato’ Mustapaha Long, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Padang Tengku, Kuala Lipis, Pahang  kepada Abdul Rahman dan Tuan Haji Abu Hanipah

Sulaiman, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan, Kg Aur Gading dalam   Majlis Penyampaian Kunci Rumah Komuniti yang diadakan di Kg Aur Gading pada Sabtu, 26 Mac 2016 yang lalu.

Majlis turut  disaksikan oleh wakil-wakil  dari Bank Rakyat, Cawangan Kuala Lipis, wakil Naib Canselor UTHM, Profesor Dato’ Dr. Abdul Razak Hj. Omar, Pengarah Pejabat Hubungan Industri dan Universiti, Encik Abd Hamid Yusof, pegawai-pegawai dari Pejabat Dearah Kuala Lipis serta masyarakat tempatan.

 
Last Updated ( Rabu, 06 April 2016 )
 
logo-25-tahun-menegak_95.jpg
Technically Above The Rest
W3C Disability Access Decrease Font Size Increase Font Size
default purple colour blue colour green colour
© Universiti Tun Hussein Onn Malaysia 2009. All Rights Reserved.

This website is bound by the Legal Disclaimer, Privacy Policy, Security Policy and Copyright Notice mentioned.

This website is best viewed using Internet Explorer with Compatibility Viewed activated and Mozilla Firefox with screen resolution of 1024x768.