Login | FAQs | About UTHM Portal
Home arrow News Archive arrow Sukan Integrasi UTHM Induk vs Uthm Pagoh 2016 - eratkan hubungan Mahasiswa
Sukan Integrasi UTHM Induk vs Uthm Pagoh 2016 - eratkan hubungan Mahasiswa Print E-mail
Hear this article

Pusat Sukan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) dengan kerjasama UTHM kampus Pagoh dan Fakulti Sains, Teknologi dan Pembangunan Insan telah menganjurkan Sukan Integrasi UTHM Induk - UTHM Pagoh 2016 pada 31 Mac lalu bertempat di Gelanggang Serbaguna UTHM.

Objektif kejohanan tersebut adalah bagi mengeratkan hubungan persaudaraan dalam kalangan mahasiswa UTHM Kampus Induk dan Pagoh selain menggalak dan merancakkan lagi budaya bersukan.

Kejohanan ini mempertandingkan sebanyak dua acara iaitu futsal lelaki dan bola jaring wanita yang melibatkan seramai 60 orang pemain, urusetia dan pegawai. Majlis perasmian penutup dan penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Encik Jasnizam Sami, Pegawai Belia dan Sukan selaku wakil rasmi Pengarah Pusat Sukan UTHM.

Penganjuran sukan seumpama ini diharap dapat menjalinkan kerjasama yang lebih erat di antara UTHM Induk dan kampus Pagoh supaya dapat memberi manfaat bersama sekali gus mencapai objektif universiti dalam menggalakkan lagi gaya hidup sihat dalam kalangan mahasiswa.

Last Updated ( Rabu, 06 April 2016 )
 
logo-25-tahun-menegak_95.jpg
Technically Above The Rest
W3C Disability Access Decrease Font Size Increase Font Size
default purple colour blue colour green colour
© Universiti Tun Hussein Onn Malaysia 2009. All Rights Reserved.

This website is bound by the Legal Disclaimer, Privacy Policy, Security Policy and Copyright Notice mentioned.

This website is best viewed using Internet Explorer with Compatibility Viewed activated and Mozilla Firefox with screen resolution of 1024x768.