Login | FAQs | About UTHM Portal
Home arrow News Archive arrow Pusat Sukan UTHM anjur Kejohanan Sepak Takraw Tertutup Batu Pahat
Pusat Sukan UTHM anjur Kejohanan Sepak Takraw Tertutup Batu Pahat Print E-mail
Hear this article

Pusat Sukan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) dengan kerjasama Pejabat Belia dan Sukan Daerah Batu Pahat dan Kelab Sukan dan Rekreasi Komuniti (SRCC) Sri Gading telah menganjurkan Kejohanan Sepak Takraw Tertutup Batu Pahat 2016 Piala Pengerusi SRCC Sri Gading  pada 02 April lalu bertempat di Dewan Badminton UTHM.

Objektif kejohanan tersebut adalah bagi mencari bakat-bakat baru sukan sepak takraw dalam kalangan pemain-pemain di daerah Batu Pahat selain menggalakkan budaya bersukan dalam kalangan mahasiswa UTHM dan belia setempat.

Kejohanan ini mempertandingkan acara antara regu melibatkan sebanyak 32 pasukan terdiri daripada 250 orang pemain, urusetia dan pegawai.

Diharapkan melalui kerjasama penganjuran sukan seperti ini dapat memberi manfaat kepada mahasiswa dan belia setempat serta melahirkan pemain yang boleh diketengahkan ke peringkat antarabangsa.

Last Updated ( Rabu, 06 April 2016 )
 
logo-25-tahun-menegak_95.jpg
Technically Above The Rest
W3C Disability Access Decrease Font Size Increase Font Size
default purple colour blue colour green colour
© Universiti Tun Hussein Onn Malaysia 2009. All Rights Reserved.

This website is bound by the Legal Disclaimer, Privacy Policy, Security Policy and Copyright Notice mentioned.

This website is best viewed using Internet Explorer with Compatibility Viewed activated and Mozilla Firefox with screen resolution of 1024x768.