Login | FAQs | About UTHM Portal
Home arrow News Archive arrow Kolej Perwira hargai seni budaya - anjur “Bengkel Tarian Singa – Silang Budaya”
Kolej Perwira hargai seni budaya - anjur “Bengkel Tarian Singa – Silang Budaya” Print E-mail
Hear this article
Kolej Perwira, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) terus komited dengan fungsinya sebagai pusat pembelajaran kedua iaitu merapatkan jurang polarisasi kaum menerusi penganjuran Bengkel Tarian Singa – Silang Budaya kelolaan Biro Kerohanian dan Etika, Majlis Kepimpinan Pelajar Kolej.

Penganjuran bengkel ini bertujuan memberikan pengetahuan kepada para penghuni kolej berkaitan seni, nilai dan kepelbagaian budaya bangsa lain yang perlu sama-sama dihargai. Hidup dalam masyarakat yang berbilang kaum dan agama di Malaysia ada suatu peluang yang unik dan seharusnya menjadikan kita lebih menghargai dan melengkapi antara satu sama lain.

Uniknya, bengkel ini dihadiri oleh 30 orang peserta yang terdiri daripada penghuni berbangsa Melayu dan India manakala fasilitatornya adalah berbangsa Cina. Peserta berpeluang mengenali dengan lebih dekat falsafah dan sejarah tarian selain menjadi platform wujudnya interaksi dua hala pelbagai bangsa.

Dalam bengkel ini juga, para peserta diberikan cabaran untuk berlatih dalam tempoh yang sangat singkat iaitu sekitar satu jam dan kemudiannya membuat persembahan kepada para penghuni semasa berlangsungnya Malam Persembahan Tarian Singa – Silang Budaya. Majlis yang mendapat sambutan hangat ini turut dihadiri Pengetua Kolej Perwira, Dr Afandi Ahmad bersama pasukan kepimpinannya.

Beliau dalam ucapannya menjelaskan bahawa aktiviti seperti ini adalah amat penting dalam usaha memupuk semangat toleransi dan muhibbah antara kaum seiring dengan iltizam Kolej Perwira untuk terus “Memperkukuh Kecemerlangan Merealisasikan Impian” sebagai Pusat Pembelajaran Kedua seiring dalam menjayakan misi dan visi UTHM.

 
logo-25-tahun-menegak_95.jpg
Technically Above The Rest
W3C Disability Access Decrease Font Size Increase Font Size
default purple colour blue colour green colour
© Universiti Tun Hussein Onn Malaysia 2009. All Rights Reserved.

This website is bound by the Legal Disclaimer, Privacy Policy, Security Policy and Copyright Notice mentioned.

This website is best viewed using Internet Explorer with Compatibility Viewed activated and Mozilla Firefox with screen resolution of 1024x768.