Login | FAQs | About UTHM Portal
Home arrow News Archive arrow 119 Kadet RELASIS UTHM meriahkan Majlis Pemakaian Pangkat Briged RELASIS UTHM
119 Kadet RELASIS UTHM meriahkan Majlis Pemakaian Pangkat Briged RELASIS UTHM Print E-mail
Hear this article
7 April 2016, Batu Pahat –  Seramai 119 Kadet RELA Siswa Siswi (RELASIS), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) telah memeriahkan Majlis Pemakaian Pangkat yang berlangsung pada 7 April 2016 bertempat di Bilik Seminar Lestari Perpustakaan Tunku Tun Aminah, UTHM.

Majlis ini telah disempurnakan oleh Timbalan Pesuruhjaya RELA Md Shah Rizal Zainal, Pengarah RELA Negeri Johor.

Beliau dalam ucapannya  menyatakan bahawa penyertaan ramai Kadet RELASIS merupakan satu signal yang baik kepada pucuk kepimpinan di peringkat nasional kerana anak-anak muda masa kini mempunyai jiwa kesukarelawan yang tinggi.

“Diharapkan Kadet RELASIS yang ditauliahkan ini akan terus berkhidmat sebagai sukarelawan RELA untuk memantapkan semangat kesukarelawan, patriotism, meningkatkan tahap disiplin dan membina semangat bekerjasama dalam pasukan,” katanya.

Beliau juga mengingatkan bahawa peranan RELA semakin mencabar dan meluas.

“Kita juga telah diiktiraf sebagi “benteng pertahanan kedua” selepas tentera dan polis.  Hal ini telah dizahirkan oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam ucapannya semasa Perhimpunan RELA Bersama Perdana Menteri Malaysia di Pekan, Pahang.  Oleh yang demikian adalah penting bagi setiap daripada kita sentiasa meningkatkan kemahiran diri dalam memastikan kesiapsiagaan untuk menjayakan hasrat tersebut,” tambah beliau.

Majlis turut menyaksikan upacara pemakaian pangkat Penolong Penguasa RELASIS I yang diketuai Mohamad Nur Iqmal bin Idris, Pegawai RELASIS Tinggi I Muhammad Hafizuddin bin Azhan, Pegawai RELASIS Kanan I Fitri Farah Hanis binti Mabin.

Turut hadir dalam majlis tersebut ialah PgR (Bersekutu) Prof. Madya Dr. Hj. Lokman Hakim bin Ismail Timbalan Komander RELASIS UTHM, PPjR (Bersekutu) Prof. Madya dr. Adnan bin Zainorabidin, PgR (Bersekutu) Norzaimi bin Hamisan, PgR (Bersekutu) Eaddy bin Zainal Abidin,TPRD dan PPRD Batu Pahat, Ketua Jurulatih, Jurulatih-jurulatih dan Kadet-kadet RELASIS UTHM.

Last Updated ( Khamis, 14 April 2016 )
 
logo-25-tahun-menegak_95.jpg
Technically Above The Rest
W3C Disability Access Decrease Font Size Increase Font Size
default purple colour blue colour green colour
© Universiti Tun Hussein Onn Malaysia 2009. All Rights Reserved.

This website is bound by the Legal Disclaimer, Privacy Policy, Security Policy and Copyright Notice mentioned.

This website is best viewed using Internet Explorer with Compatibility Viewed activated and Mozilla Firefox with screen resolution of 1024x768.