Login | FAQs | About UTHM Portal
Home arrow News Archive arrow Friday Night Fever Mobile Fiesta Carboot Sales UTHM 2016 bawa tema Kesihatan dan Kecergasan
Friday Night Fever Mobile Fiesta Carboot Sales UTHM 2016 bawa tema Kesihatan dan Kecergasan Print E-mail
Hear this article
Batu Pahat - Program Friday Night Fever Mobile Fiesta Carboot Sales UTHM 2016 siri ketiga anjuran Pejabat Hubungan Universiti dan Masyarakat (PHUM), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) kembali lagi memeriahkan kampus dengan membawa tema Kesihatan dan Kecergasan pada 25 Mac lalu.

Fiesta kali ini diserikan dengan kehadiran Datin Sabariah Tokimin, isteri kepada Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Abdul Aziz Kaprawi. Bertemakan kesihatan dan kecergasan, Kelab Kecergasan Jelita di bawah pimpinan Datin Sabariah telah menarik ramai pengunjung ke program tersebut bagi menyertai aktiviti ‘aerobic dance’ yang diiringi 18 lagu tanpa henti.

Program tersebut turut dimeriahkan dengan aktiviti dan pertunjukan bina badan oleh ahli-ahli Gym and Fitness Pura Kenchana, Parit Raja di samping turut memberi motivasi dan galakan kepada pengunjung terutama pelajar-pelajar untuk menjaga kesihatan dan kecergasan dengan menyertai aktiviti zumba dan gym.

185 carboot sales yang terdiri daripada peniaga mikro beserta lima food truck memenuhi tapak meletak kenderaan bersebelahan Padang Kawad kampus induk UTHM. Mereka menjual barangan terpakai, produk dan perkhidmatan di samping mengadakan aktiviti seperti memanah, pameran sukan bermotor, pameran jersi-jersi kelab bolasepak negara.

Program turut diserikan dengan persembahan Kumpulan Alunan Kampus UTHM yang dipimpin oleh Mohd Nazri Mohd Nawi@Busu, artis budaya di Unit Kebudayaan UTHM.  Tiga kumpulan pelajar dari Fakulti Kejuruteraan Mekanikal dan Pembuatan, Fakulti Pengurusan Teknologi dan Perniagaan, Fakulti Kejuruteraan Awam dan Alam Sekitar, Fakulti Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik telah membuat persembahan bagi menghiburkan pengunjung yang datang.

PHUM merancang untuk bergerak lebih aktif dalam usaha meningkatkan jaringan hubungan universiti-masyarakat dan mahu lebih dikenali sebagai ‘pembimbing rakan niaga mikro’ sekali gus menyahut seruan Kementerian Pendidikan Tinggi dalam usaha Pembangunan Ekonomi Komuniti setempat.

Program yang mendapat bantuan, sokongan dan kerjasama daripada pelbagai pihak ini juga terus membuka ruang dan peluang kepada staf dan pelajar UTHM untuk terlibat sama dalam aktiviti khidmat sosial keusahawanan.
Last Updated ( Isnin, 02 Mei 2016 )
 
logo-25-tahun-menegak_95.jpg
Technically Above The Rest
W3C Disability Access Decrease Font Size Increase Font Size
default purple colour blue colour green colour
© Universiti Tun Hussein Onn Malaysia 2009. All Rights Reserved.

This website is bound by the Legal Disclaimer, Privacy Policy, Security Policy and Copyright Notice mentioned.

This website is best viewed using Internet Explorer with Compatibility Viewed activated and Mozilla Firefox with screen resolution of 1024x768.