Login | FAQs | About UTHM Portal
Home arrow News Archive arrow 22 pelajar UTHM sertai program mobiliti ke Jepun
22 pelajar UTHM sertai program mobiliti ke Jepun Print E-mail
Hear this article
Seramai 22 orang pelajar Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) bersama dua pegawai pengiring telah menyertai program Mobiliti Pelajar ke Hokkaido dan Sendai, Jepun pada 7 hingga 14 April 2016 lalu.

Program yang bertemakan ‘Khidmat Masyarakat’ ini mendedahkan peserta kepada aspek organisasi dan kepimpinan, kemahiran berkomunikasi, etika dan moral profesional, kemahiran membuat keputusan di samping membentuk semangat berpasukan dan semangat cintakan universiti serta negara.

Pelajar mempelajari bagaimana konsep khidmat masyarakat yang telah diamalkan oleh masyarakat Jepun yang menjadikan negara itu sebagai negara keempat terbaik di dunia dalam menjalankan program khidmat masyarakat. Selain itu, pelajar dapat menghayati adat resam, nilai dan budaya masyarakat Jepun sekali gus sebagai satu nilai tambah kepada mereka untuk dipraktikkan dalam kehidupan.

Terdapat tiga lawatan rasmi yang telah dilaksanakan, iaitu lawatan ke Universiti Hokkaido, Sapporo International Communication Plaza Foundation dan Sendai Volunteer Community Club. Lawatan akademik ke Universiti Hokkaido merupakan satu lawatan yang mana pelajar didedahkan tentang perlaksanaan kuliah di universiti di Jepun. Selain dari itu, pelajar juga telah melawat fasiliti-fasiliti yang ditawarkan kepada pelajar seperti perpustakaan, galeri, makmal serta kelas-kelas tutorial. Para pelajar turut berpeluang berkomunikasi dalam bahasa Jepun dan bahasa Inggeris, serta mempraktikkan apa yang telah mereka pelajari di dalam kelas bersama-sama dengan pelajar Universiti Hokkaido.

Lawatan ke Sapporo International Communication Plaza Foundation merupakan satu lawatan ilmiah dan berkonsepkan khidmat masyarakat. Pelajar diberi tunjuk ajar bagaimana menghasilkan origami dan menjalankan aktiviti sukalera di kawasan sekitar Sapporo bersama-sama sukarelawan dari Jepun selain dibawa ke Sapporo Clock Tower. 

Manakala lawatan ke wilayah Sendai pula pelajar dibawa melawat ke kawasan tsunami dan melakukan aktiviti-aktiviti sukarelawan di kawasan yang terlibat seperti di Yuriage dan Natori. Mereka turut berpeluang melawat pameran bunga dan kraftangan yang dihasilkan oleh masyarakat tempatan. Pelajar berinteraksi dengan pengubah-pengubah bunga di pameran tersebut dan mendapat penerangan mengenai maksud gubahan yang dihasilkan oleh mereka.

Bagi memastikan program yang dijalankan mencapai matlamat dan objektifnya, satu kajian khusus telah dilakukan bermula dari hari pertama sehingga enam bulan selepas tamat program bagi tujuan menambahbaik penganjuran program seumpamanya pada masa akan datang.

Penganjuran program mobiliti seperti ini membolehkan pelajar mendapat ilmu dan pengalaman yang berharga selain ilmu di dalam kelas. Mereka berharap dapat menyertai program sebegini lagi pada masa hadapan.

 
 
 
 
    


 

 
logo-25-tahun-menegak_95.jpg
Technically Above The Rest
W3C Disability Access Decrease Font Size Increase Font Size
default purple colour blue colour green colour
© Universiti Tun Hussein Onn Malaysia 2009. All Rights Reserved.

This website is bound by the Legal Disclaimer, Privacy Policy, Security Policy and Copyright Notice mentioned.

This website is best viewed using Internet Explorer with Compatibility Viewed activated and Mozilla Firefox with screen resolution of 1024x768.