Login | FAQs | About UTHM Portal
Home arrow News Archive arrow Pasukan Golf UTHM menang tempat ketiga kategori NETT
Pasukan Golf UTHM menang tempat ketiga kategori NETT Print E-mail
Hear this article
Pasukan NETT Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) Team A telah memenangi tempat ketiga bagi kategori NETT manakala Pasukan Tetamu UTHM pula turut meraih tempat ketiga bagi kategori Tetamu IPTA dalam Kejohanan Golf Antara Universiti Awam Malaysia yang ke-44 yang berlangsung pada 22 & 23 Mei lalu bertempat di Palm Resort Golf & Country Club dan IOI Palm Villa Golf & Country Resort, Senai, Johor.

Pasukan  NETT UTHM Team A terdiri daripada Dr. Mohd Adib Mohammad Razi, Encik Anuar Mohd Salleh, Encik Noor Fauzi Abd Hamid dan En Mohd Zairil Zainal telah menguasai permainan dengan baik sekali sepanjang pertandingan.

Kejohanan yang dianjurkan oleh Universiti Teknologi Malaysia (UTM) ini telah disertai oleh 20 IPTA di Malaysia dan Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia yang terdiri daripada 230 orang peserta. Sebanyak empat kategori telah dipertandingkan di dalam kejohanan ini iaitu Kategori VIP, GROSS, NETT dan Tetamu IPTA.

Pencapaian terbaik pemain UTHM, Encik Anuar Mohd Salleh telah berjaya mendapat tempat kesembilan bagi kategori NETT daripada 128 pemain yang menyertai kategori ini. Sementara itu Naib Johan Kategori NETT disandang oleh Pasukan UNiSZA Team A dan Johan disandang oleh UKM Team A.
 
logo-25-tahun-menegak_95.jpg
Technically Above The Rest
W3C Disability Access Decrease Font Size Increase Font Size
default purple colour blue colour green colour
© Universiti Tun Hussein Onn Malaysia 2009. All Rights Reserved.

This website is bound by the Legal Disclaimer, Privacy Policy, Security Policy and Copyright Notice mentioned.

This website is best viewed using Internet Explorer with Compatibility Viewed activated and Mozilla Firefox with screen resolution of 1024x768.