Login | FAQs | About UTHM Portal
Home arrow News Archive arrow Karnival Keluarga UTHM 2016 meriah – kostum ADIWIRA jadi perhatian
Karnival Keluarga UTHM 2016 meriah – kostum ADIWIRA jadi perhatian Print E-mail
Hear this article
Bagi mengeratkan hubungan sesama staf, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) telah menganjurkan Karnival Keluarga UTHM 2016 pada 28 Mei baru-baru ini bertempat di Dewan Sultan Ibrahim, UTHM.
 
Karnival anjuran bersama Kelab Staf UTHM dan Pejabat Pendaftar ini memilih tema ”Hikmah Muafakat” dengan pemilihan kostum berkonsepkan ADIWIRA. Pembahagian kumpulan juga diagihkan mengikut konsep tersebut iaitu Kumpulan Batman, Kumpulan Ironman dan Kumpulan Ultraman. Pelbagai kostum menarik diperagakan oleh peserta karnival mengikut kreativiti masing-masing.
 
Karnival Hari Keluarga UTHM ini dimeriahkan dengan pelbagai acara menarik seperti Pertandingan Memancing, Pertandingan Foto Kreatif ”Si Comel Tu...Adiwiraku”, Pertandingan Foto Nostalgia@UTHM, Pencarian Kostum Terbaik, Sukaneka dan Pertandingan Mewarna. Turut diadakan Cabutan Bertuah yang menyediakan pelbagai hadiah menarik termasuk baucer barang kemas dan barangan elektrik.
 
Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Naib Canselor UTHM, Profesor Datuk Dr. Mohd Noh Dalimin. Beliau turut menyertai acara yang diadakan dan meluangkan masa beramah mesra dengan warga UTHM yang memenuhi dewan bersama keluarga masing-masing. Turut hadir Timbalan-timbalan Naib Canselor dan Pegawai-pegawai kanan universiti.
 
Selain mengeratkan hubungan persaudaraan, penganjuran Karnival Hari Keluarga UTHM ini diadakan bagi memberi ruang dan peluang kepada staf dan keluarga masing-masing merehatkan minda di samping sebagai platform menonjolkan bakat melalui acara-acara yang dipertandingkan.
 
 
Last Updated ( Isnin, 30 Mei 2016 )
 
logo-25-tahun-menegak_95.jpg
Technically Above The Rest
W3C Disability Access Decrease Font Size Increase Font Size
default purple colour blue colour green colour
© Universiti Tun Hussein Onn Malaysia 2009. All Rights Reserved.

This website is bound by the Legal Disclaimer, Privacy Policy, Security Policy and Copyright Notice mentioned.

This website is best viewed using Internet Explorer with Compatibility Viewed activated and Mozilla Firefox with screen resolution of 1024x768.