Login | FAQs | About UTHM Portal
Home arrow News Archive arrow Program Qaseh Ramadan FKMP bantu golongan memerlukan
Program Qaseh Ramadan FKMP bantu golongan memerlukan Print E-mail
Hear this article
Bersempena bulan Ramadan yang akan tiba, Kelab Kebajikan dan Rekreasi Fakulti Kejuruteraan Mekanikal dan Pembuatan (MechClub), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) akan menganjurkan Program Qaseh Ramadan 1437H bagi membantu golongan yang memerlukan di sekitar daerah Batu Pahat.

Program Qaseh Ramadan yang dijadual akan diadakan pada 14 hingga 28 Jun ini akan di penuhi dengan tiga aktiviti iaitu aktiviti Ziarah, Bubur Lambuk dan juga Iftar. Aktiviti Ziarah yang akan diadakan pada 14 Jun ini melibatkan aktiviti menyampaikan bantuan kepada golongan yang memerlukan di daerah ini manakala aktiviti memasak empat kawah Bubur Lambuk juga diadakan pada hari yang sama dan bubur tersebut akan diagihkan kepada warga UTHM. Sementara itu, program Iftar pula akan diadakan pada 28 Jun akan datang yang melibatkan staf FKMP bersama golongan kurang bernasib baik.

Selaras dengan penganjuran program ini, pihak penganjur berbesar hati sekiranya ada pihak yang ingin turut serta menyumbang bantuan berbentuk wang ringgit, barang keperluan dan peralatan bagi membantu mencapai misi program ini.

Segala sumbangan boleh disalurkan ke akaun Bank Muamalat, MechClub 01070000070711 dan untuk keterangan lanjut boleh hubungi Pengarah Program Dr. Haji Mohd Hilmi Othman di talian 012-618 5161,  Dr. Ahmad Mubarak Tajul Arifin 013-3270482 atau Dr. Reazul Haq Abdul Haq 013-7440804.
Last Updated ( Selasa, 31 Mei 2016 )
 
logo-25-tahun-menegak_95.jpg
Technically Above The Rest
W3C Disability Access Decrease Font Size Increase Font Size
default purple colour blue colour green colour
© Universiti Tun Hussein Onn Malaysia 2009. All Rights Reserved.

This website is bound by the Legal Disclaimer, Privacy Policy, Security Policy and Copyright Notice mentioned.

This website is best viewed using Internet Explorer with Compatibility Viewed activated and Mozilla Firefox with screen resolution of 1024x768.