Login | FAQs | About UTHM Portal
Home arrow News Archive arrow Program “Mencari Secebis Iman” cungkil bakat penuntut UTHM
Program “Mencari Secebis Iman” cungkil bakat penuntut UTHM Print E-mail
Hear this article
Batu Pahat - Bagi mencungkil bakat dalam kalangan penuntut Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Fakulti Pendidikan Teknikal Dan Vokasional (FPTV), Kolej Kediaman Tun Syed Nasir (KKTSN), Pusat Islam, Kursus Tarannum Pusat Kokurikulum serta Kelab Staf UTHM telah bekerjasama menganjurkan program keislaman “Mencari Secebis Iman (MSI) 2.0” pada 13 Mei lalu.

Program ini telah dilaksanakan di tiga lokasi iaitu Dewan Al-Farabi Masjid UTHM, Musolla KKTSN dan Dewan Kuliah, Blok B8. Antara program yang dipertandingkan ialah Pertandingan Tilawah Al Quran “Alunan Kalamullah,” Pertandingan Hafazan Al-Quran, Pertandingan Azan “The Call Of Love,” Pertandingan Membaca Khutbah “Khatib Awesome,” Pertandingan Tulisan Jawi dan Pertandingan Tazkirah 5 Minit “Da’i Kampus”.

Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Timbalan Dekan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, Dr. Haji Jamil Abd Baser selaku wakil rasmi Timbalan Naib Canselor (HEPA). Program Mencari Secebis Iman 2.0 (MSI) ini adalah satu platform bagi memberi pengalaman kepada penuntut UTHM untuk menonjolkan bakat terpendam di samping memberi peluang kepada peserta meningkatkan lagi keyakinan diri dalam mengasah bakat masing-masing.  

Penganjuran program seperti ini dapat menyedarkan penuntut UTHM bahawa bukan ilmu akademik sahaja yang perlu ada dalam diri pelajar tetapi juga ilmu agama agar mereka dapat mengimbangi ilmu dunia dan akhirat.

Last Updated ( Ahad, 19 Jun 2016 )
 
logo-25-tahun-menegak_95.jpg
Technically Above The Rest
W3C Disability Access Decrease Font Size Increase Font Size
default purple colour blue colour green colour
© Universiti Tun Hussein Onn Malaysia 2009. All Rights Reserved.

This website is bound by the Legal Disclaimer, Privacy Policy, Security Policy and Copyright Notice mentioned.

This website is best viewed using Internet Explorer with Compatibility Viewed activated and Mozilla Firefox with screen resolution of 1024x768.