Login | FAQs | About UTHM Portal
Home arrow News Archive arrow Anugerah Pelajar UTHM 2015 iktiraf kecemerlangan pelajar, kelab dan persatuan
Anugerah Pelajar UTHM 2015 iktiraf kecemerlangan pelajar, kelab dan persatuan Print E-mail
Hear this article
Bagi memberi pengiktirafan kepada pelajar, kelab dan persatuan yang menunjukkan prestasi cemerlang, satu Majlis Anugerah Pelajar UTHM 2015 (AP 2015) anjuran Pejabat Hal Ehwal Pelajar, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) bersama dengan Pusat-pusat tanggungjawab (PTJ) di bawah HEPA telah diadakan pada 18 Mei 2016 lalu bertempat di Dewan Tunku Mahkota Ismail, UTHM. 

Selain memberi penganugerahan dan pengiktirafan di peringkat universiti kepada para pelajar yang telah bergiat aktif dalam bidang ko-kurikulum, beberapa kriteria baru juga ditekankan dalam menilai pencalonan yang dikemukakan iaitu tahap impak hasil daripada penganjuran sesuatu program selain keupayaan menjana sumber kewangan bagi membiayai pelaksanaan aktiviti tersebut.

Melalui majlis ini ia dapat memberi sokongan dan dorongan kepada persatuan/kelab untuk meningkatkan lagi prestasi persatuan/kelab masing-masing dalam aspek pentadbiran, pengurusan kewangan, pelaksanaan program serta pembangunan ahli. 

Majlis yang bertemakan Bangsawan mempertandingkan sebanyak 17 kategori iaitu Anugerah Program Terbaik (Akademik), Anugerah Program Terbaik (Rekreasi), Anugerah Program Terbaik (Khidmat Masyarakat/Sosial/Kebajikan), Anugerah Program Terbaik (Kebudayaan dan Kesenian), Anugerah Program Terbaik (Latihan dan Kepimpinan), Anugerah Program Terbaik (Keusahawanan), Anugerah Pemimpin Harapan, Anugerah Usahawan Siswa Terbaik, Anugerah Pemimpin Kesukarelawan Terbaik, Anugerah Pemimpin Badan Beruniform Terbaik, Anugerah Kelab/Persatuan Terbaik, Anugerah Pemimpin Pertubuhan Pelajar Terbaik, Anugerah Pengarah Program Terbaik, Anugerah Pasukan Kebudayaan Terbaik dan Anugerah Seni Budaya Terbaik. 

Turut dipertandingkan ialah Anugerah Rakan HEPA dan Anugerah Khas TNC (HEPA) yang mana pelajar dipilih oleh Ketua- ketua PTJ di bawah HEPA dan Timbalan Naib Canselor HEPA berdasarkan kriteria-kriteria tertentu.  

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Datuk Samsolbari Jamali, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semarang. Turut hadir Profesor Dr. Wahid Razzaly, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) dan Encik Azlan Wanti, Ketua Pejabat Hal Ehwal Pelajar. 

Setiap pemenang pada majlis tersebut membawa pulang hadiah berupa sebuah trofi, sijil penghargaan, wang tunai dan hadiah iringan. Penganjuran majlis AP 2015 ini dapat memberi ruang pada pelajar untuk terus bergiat aktif dalam bidang ko-kurikulum bagi melahirkan mahasiswa yang holistik dan seimbang sejajar dengan Lonjakan Pertama Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (Pendidikan Tinggi) 2015-2025. 

Last Updated ( Rabu, 08 Jun 2016 )
 
logo-25-tahun-menegak_95.jpg
Technically Above The Rest
W3C Disability Access Decrease Font Size Increase Font Size
default purple colour blue colour green colour
© Universiti Tun Hussein Onn Malaysia 2009. All Rights Reserved.

This website is bound by the Legal Disclaimer, Privacy Policy, Security Policy and Copyright Notice mentioned.

This website is best viewed using Internet Explorer with Compatibility Viewed activated and Mozilla Firefox with screen resolution of 1024x768.