Login | FAQs | About UTHM Portal
Home arrow News Archive arrow Program “Khidmat Seni Masyarakat” dan “Malam Kelana Puisi 2016” hayati sejarah Batu Pahat
Program “Khidmat Seni Masyarakat” dan “Malam Kelana Puisi 2016” hayati sejarah Batu Pahat Print E-mail
Hear this article
Dalam usaha menyumbang kudrat dan bakat serta mendalami sejarah Batu Pahat, Unit Seni Budaya dan Warisan, Pejabat Hal Ehwal Pelajar, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) telah menganjurkan  program Khidmat Seni Masyarakat pada 20 dan 21 Mei lalu bertempat di Bangunan Wisma Sejarah Batu Pahat.

Program dengan kerjasama Persatuan Sejarah  Batu Pahat, Majlis Kebudayaan Negeri Johor, Persatuan Penulis Johor dan Institut Perguruan Tun Hussein Onn (IPTHO) Batu Pahat ini telah disempurnakan oleh Pegawai Daerah Batu Pahat, Tuan Haji Halim Hasbullah. Satu sesi ceramah telah disampaikan oleh Setiausaha Persatuan Sejarah, Encik Johari Jonet dan diikuti oleh kerja-kerja pembersihan dan keceriaan di dalam dan sekitar bangunan yang dilakukan secara gotong royong.

Seramai 40 orang Pelajar yang diketuai oleh Sekretariat Kebudayaan Unit Seni Budaya dan Warisan, Hafiz Luqman Elias,  dan dipimpin oleh Pegawai Kebudayaan, Muhammad Shahrin Haron telah menyertai Program Kemasyarakatan ini pada 20 Mei lalu.

Turut sama menjayakan program ini ialah Persatuan Sejarah dan Persatuan Penulis Johor yang masing masing diketuai oleh Encik Johari Jonet dan Ahli Jawatankuasa Persatuan Penulis Johor, Encik Ramlee Wahab. 

Manakala pada 21 Mei pula diadakan Malam Kelana Puisi 2016 yang merupakan acara bulanan Unit Seni Budaya dan Warisan pada minggu ketiga setiap bulan bertempat di Wisma Sejarah. Turut membaca puisi pada malam itu ialah Pegawai Daerah Batu Pahat, Pengarah Kampus IPTHO, para pelajar Aktivis Pemuisi dan Dramatis UTHM(AKSI), Kumpulan Penulis Laskar Pena UTHM dan Skretariat Kebudayaan, Unit Seni Budaya dan Warisan yang terlibat dengan Pengurusan Acara. 

Begitu juga barisan Penyair dan Penulis daripada Persatuan Penulis Johor dan Persatuan Sejarah turut mendapat kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Selatan dan Majlis Kebudayaan Negeri Johor.  

Tuan Haji Halim Hasbullah merangkap Pengerusi Majlis Kebudayaan daerah Batu Pahat  telah memberi persetujuan agar acara sebegini diteruskan memandangkan beliau juga amat berminat dengan sajak, syair dan gurindam yang berbentuk kesusasteraan. Beliau selaku Pegawai Daerah telah meluluskan permohonan Persatuan Sejarah menaiktaraf bangunan tersebut dan sekitarnya agar menjadi tarikan pelancongan  baru di Batu Pahat.


Last Updated ( Khamis, 09 Jun 2016 )
 
logo-25-tahun-menegak_95.jpg
Technically Above The Rest
W3C Disability Access Decrease Font Size Increase Font Size
default purple colour blue colour green colour
© Universiti Tun Hussein Onn Malaysia 2009. All Rights Reserved.

This website is bound by the Legal Disclaimer, Privacy Policy, Security Policy and Copyright Notice mentioned.

This website is best viewed using Internet Explorer with Compatibility Viewed activated and Mozilla Firefox with screen resolution of 1024x768.