Login | FAQs | About UTHM Portal
Home arrow News Archive arrow Keusahawanan Sebagai Kerjaya Pilihan -medium Transfer Knowledge Pelajar UTHM dengan Komuniti
Keusahawanan Sebagai Kerjaya Pilihan -medium Transfer Knowledge Pelajar UTHM dengan Komuniti Print E-mail
Hear this article
BATU PAHAT: Program Khidmat Masyarakat Seksyen 3 dengan kerjasama Pusat Kokurikulum , Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) telah menganjurkan program Khidmat Masyarakat ‘Program Keusahawanan Sebagai Kerjaya Pilihan Dan Teknik Tanaman Hydroponic’ pada 6 Mei lalu bertempat di Kampung Sungai Lurus, Senggarang. 

Bagi mencapai hasrat komuniti Kampung Sungai Lurus, Senggarang ke arah mendapatkan sedikit teknik dan cara untuk memulakan perniagaan dalam bidang keusahawanan serta teknik tanaman organik, elemen teknik pengurusan perniagaan adalah antara salah satu elemen penting yang diberi penekanan dan tumpuan. 

Seramai 50 peserta yang terdiri daripada golongan belia dan warga emas dari Kampung Sungai Lurus telah menyertai Taklimat Keusahawanan Sebagai Kerjaya Pilihan dan Teknik Tanaman Hydroponic. 

Program berbentuk Taklimat Keusahawanan dan Demonstrasi Tanaman Hydroponic dilaksanakan melalui dua slot iaitu Slot 1: Taklimat Keusahawanan Sebagai Kerjaya Pilihan oleh penceramah daripada Pusat Bekam Klinikal Batu Pahat, manakala Slot 2: Demonstrasi Tanaman Hydroponic telah dikendalikan oleh pelajar-pelajar UTHM sendiri iaitu pelajar daripada Program Khidmat Masyarakat Seksyen 3.

Kedua-dua slot ini disusun secara komprehensif dengan matlamat untuk memberi pendedahan kepada penduduk Kampung Sungai Lurus khususnya mengenai teknik pengurusan perniagaan dan teknik tanaman hydroponic. Selain  itu menjelaskan dengan lebih operasional mengenai pulangan dan kejayaan yang dapat dicapai sekiranya mereka bersungguh-sungguh melaksanakan sesuatu perniagaan. 

Majlis Penutup program yang telah berlangsung di Sekolah Kebangsaan Koris telah disempurnakan oleh Ustaz Yusla Ismail, Setiausaha YB, Senggarang. 

Beliau dalam ucapannya mengucapkan syabas kepada kepimpinan Khidmat Masyarakat UTHM dan penduduk kampung yang terlibat di atas komitmen penuh yang diberikan. 

“Penganjuran program seperti ini dapat mendekatkan masyarakat setempat dengan warga UTHM. Saya berharap UTHM dapat meneruskan program perkongsian ilmu ini pada masa akan datang untuk sama-sama membantu menjana ekonomi setempat,” katanya.

Turut hadir, Profesor Dr. Wahid Razzaly, Timbalan Naib Canselor Akademik dan Antarabangsa UTHM, Ketua-Ketua Kampung mukim Senggarang serta pensyarah-pensyarah  Kursus Khidmat Masyarakat UTHM.

 
logo-25-tahun-menegak_95.jpg
Technically Above The Rest
W3C Disability Access Decrease Font Size Increase Font Size
default purple colour blue colour green colour
© Universiti Tun Hussein Onn Malaysia 2009. All Rights Reserved.

This website is bound by the Legal Disclaimer, Privacy Policy, Security Policy and Copyright Notice mentioned.

This website is best viewed using Internet Explorer with Compatibility Viewed activated and Mozilla Firefox with screen resolution of 1024x768.