Login | FAQs | About UTHM Portal
Home arrow News Archive arrow Pasukan Sugar Spice juara Kejohanan Bola Jaring UTHM 2016
Pasukan Sugar Spice juara Kejohanan Bola Jaring UTHM 2016 Print E-mail
Hear this article

Tuah nyata menjadi milik pasukan Sugar Spice selepas muncul juara dalam Kejohanan Bola Jaring UTHM 2016 selepas menundukkan pasukan Asics dengan jaringan 7-2 di Gelanggang Serbaguna Kolej Kediaman Tun Dr. Ismail, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) pada 14 Mei lalu.

Kejayaan tersebut ternyata membanggakan pasukan yang sebahagian besar pemain terdiri daripada atlet bola jaring universiti. Kejohanan yang dianjurkan oleh Pusat Sukan UTHM itu disertai 14 pasukan daripada mahasiswi UTHM dan tiga pasukan jemputan iaitu dari Sekolah Madrasah Al-Tarbiyyah, Sekolah Menengah Tun Aminah dan Sek Menengah Dato' Onn.

Wakil pasukan Sugar Spice, Nur Rasyidah Shamsul Bahari berkata latihan berterusan yang dilakukan secara tidak langsung berjaya memastikan semua pemain berada dalam prestasi terbaik.

"Kekuatan dan semangat berpasukan amat penting bagi mengekalkan prestasi pemain mengharungi setiap peringkat perlawanan hingga pusingan akhir dan memenangi kejohanan ini," katanya.

Tempat ketiga disandang oleh pasukan Teratai dan tempat keempat disandang oleh pasukan Shakespere. Hadiah kepada pemenang disampaikan Pengarah Pusat Sukan UTHM, Profesor Madya. Dr. Mohamad Yusri Aman. Turut hadir Pengurus Pusat Sukan, Encik Azli Puddin dan Pegawai Belia dan Sukan, Encik Jasnizam Sami.

Last Updated ( Ahad, 12 Jun 2016 )
 
logo-25-tahun-menegak_95.jpg
Technically Above The Rest
W3C Disability Access Decrease Font Size Increase Font Size
default purple colour blue colour green colour
© Universiti Tun Hussein Onn Malaysia 2009. All Rights Reserved.

This website is bound by the Legal Disclaimer, Privacy Policy, Security Policy and Copyright Notice mentioned.

This website is best viewed using Internet Explorer with Compatibility Viewed activated and Mozilla Firefox with screen resolution of 1024x768.