Login | FAQs | About UTHM Portal
Home arrow News Archive arrow UTHM raih tempat kedua di Pertandingan Pengisahan Kenegaraan 1Malaysia peringkat negeri
UTHM raih tempat kedua di Pertandingan Pengisahan Kenegaraan 1Malaysia peringkat negeri Print E-mail
Hear this article
Pasukan ‘Semarak Penggaram’ di bawah Kelab Warisan dan Unit Kebudayaan Hal Ehwal Pelajar Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) telah meraih tempat kedua di pertandingan Pengisahan Kenegaraan 1Malaysia Peringkat Negeri Johor 2016 yang telah berlangsung pada 25 Mei lalu bertempat di Dewan Jubli Intan, Kota Tinggi Johor.

Pasukan UTHM yang diketuai Encik Rosdi Abdullah yang juga bertindak sebagai pengarah dan pelakon telah membawa naskah bertajuk “Bintang Tiga Di Batu Pahat” karya Puan Rohaidah Yon.

10 kumpulan telah mewakili daerah masing-masing bagi menyertai pertandingan ini iaitu  Kumpulan Aksara dari Kota Tinggi, Kumpulan Anak Teater Johor dari Johor Bahru, Kumpulan Warisan Sri Segamat dari Segamat, Kumpulan Angga Bestari dari Kulai, Kumpulan Kelab Sri Mersing dari Mersing, Kumpulan Pewaris Ledang dari Tangkak, Kumpulan Tiara Pesona dari Pontian, Kumpulan Semarak Penggaram/UTHM dari Batu Pahat, Muar (Kumpulan Muorian Culture Group dari Muar dan Kumpulan Panji Semerah Kluang dari Kluang.

Pertandingan ini telah disempurnakan oleh Adun Pasir Raja, Dato' Dr. Adham Baba dan turut dihadiri Pengarah Penerangan Negeri Johor, Encik Zainudin Ismail.  Kumpulan Semarak Penggaram, UTHM membawa pulang hadiah berupa wang tunai, piala dan sijil penyertaan.

Antara pelakon yang terlibat ialah Mohd Naim Afandi Mohd Azami dan Muhammad Faizul Mustafa, Jannatul Izzati Berhanudin sebagai krew tayangan video, Siti Hajar Mohammad sebagai krew bunyi dan Muhammad Adib Ahlami Mohd Azmi sebagai krew set dan props.
 
logo-25-tahun-menegak_95.jpg
Technically Above The Rest
W3C Disability Access Decrease Font Size Increase Font Size
default purple colour blue colour green colour
© Universiti Tun Hussein Onn Malaysia 2009. All Rights Reserved.

This website is bound by the Legal Disclaimer, Privacy Policy, Security Policy and Copyright Notice mentioned.

This website is best viewed using Internet Explorer with Compatibility Viewed activated and Mozilla Firefox with screen resolution of 1024x768.