Login | FAQs | About UTHM Portal
Home arrow News Archive arrow Staff wanita FPTV prihatin hulur bantuan menjelang Syawal
Staff wanita FPTV prihatin hulur bantuan menjelang Syawal Print E-mail
Hear this article
Batu Pahat, 27 Julai - Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional (FPTV), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) telah mengadakan majlis penyerahan sumbangan daripada staf fakulti kepada mereka yang dikenal pasti layak menerima bantuan menjelang Syawal 1437 pada tahun ini.

Fitrah lembutnya sifat dan sucinya hati wanita menjadi pemangkin untuk staf-staf wanita FPTV mengangkat tema ‘FPTV Prihatin,’ sebagai cetusan minda untuk membantu golongan tertentu supaya mereka turut sama menikmati kemeriahan suasana hari raya Aidil Fitri.

Bermula dengan sesi perbincangan, mencari dan mengesahkan kumpulan penerima, melancarkan pemakluman Program FPTV Prihatin 2016/1437H sehinggalah penyerahan bantuan kewangan kepada mereka yang layak menerimanya pada hari tersebut, semuanya telah diusahakan oleh staf wanita FPTV.

Dekan FPTV, Profesor Madya Dr. Ahmad Esa berkata dalam sesebuah organisasi, staf wanita turut memainkan peranan yang penting dalam merealisasikan visi dan misi yang telah ditetapkan.

“Program yang dicetus dan dilaksanakan oleh staf wanita FPTV adalah antara petunjuk bahawa mereka sangat signifikan dan memberi impak positif kepada FPTV dan universiti,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Ad-Hoc Wanita FPTV, Puan Nor Afizah Omar pula berkata mereka memilih pekerja pembersihan di UTHM sebagai golongan sasar untuk diberi bantuan pada kali ini  kerana berdasarkan temu bual yang telah dijalankan, mereka mendapati terdapat beberapa pekerja terbabit hidup di bawah paras kemiskinan.

Tujuh orang yang terpilih telah menerima bantuan berupa wang tunai dan juga barangan keperluan harian. Majlis penyerahan telah disempurnakan oleh Ketua Jabatan Ikhtisas, FPTV, Dr Mimi Mohaffyza Mohamad. Turut hadir, Ketua Jabatan Pendidikan Kejuruteraan, Dr Saifullizam Putih. Selain itu, tiga orang mahasiswa juga turut menerima bantuan dalam majlis yang diadakan di Studio FPTV itu.

Semoga usaha murni seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang dan harapan Dekan FPTV untuk melihat wujudnya persatuan Wanita FPTV setanding Majlis Wanita Johor (MAWAR) dapat direalisasikan.
 
logo-25-tahun-menegak_95.jpg
Technically Above The Rest
W3C Disability Access Decrease Font Size Increase Font Size
default purple colour blue colour green colour
© Universiti Tun Hussein Onn Malaysia 2009. All Rights Reserved.

This website is bound by the Legal Disclaimer, Privacy Policy, Security Policy and Copyright Notice mentioned.

This website is best viewed using Internet Explorer with Compatibility Viewed activated and Mozilla Firefox with screen resolution of 1024x768.