Login | FAQs | About UTHM Portal
Home arrow News Archive arrow UTHM peroleh Kuasa Autonomi empat bidang
UTHM peroleh Kuasa Autonomi empat bidang Print E-mail
Hear this article
Dalam usaha menuju ke arah universiti bertaraf dunia dalam bidang kejuruteraan, sains dan teknologi, pelbagai usaha giat dilaksanakan oleh pihak pengurusan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) yang diterajui oleh Profesor Datuk Dr. Mohd Noh Dalimin selaku Naib Canselor.

Terbaharu, kejayaan memperoleh kuasa autonomi dalam empat bidang utama iaitu Institusi Governan, Kewangan dan Penjanaan pendapatan, Sumber Manusia dan Pengurusan Akademik dan Kemasukan Pelajar telah meletakkan UTHM sebaris dengan beberapa buah Universiti Awam yang lain termasuklah Universiti Malaya, Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Sains Malaysia, Universiti Putra Malaysia dan Universiti Teknologi Malaysia.

Penganugerahan autonomi yang diberi oleh Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) ini adalah hasil kejayaan UTHM menjalani proses audit autonomi yang menggunakan instrument Code of University Good Governance (CUGG) dan University Good Govenance Index (UCGI) .

Menurut Profesor Datuk Dr. Mohd Noh Dalimin, pemberian autonomi ini turut memberi tanggungjawab dan peranan yang lebih besar kepada Lembaga Pengarah Universiti dalam usaha menjadikan UTHM lebih berdaya saing dan bergerak secara berkesan dan kompeten ke arah pencapaian visi dan misi yang telah ditetapkan.

Menurutnya lagi, cabaran besar yang perlu dihadapi selepas pemberian autonomi ini adalah usaha UTHM untuk menjana kewangan bagi memenuhi perbelanjannya. Justeru, UTHM perlu memperkasa dan meningkatkan lagi usaha-usaha yang lebih agresif dan terancang dalam meningkatkan penjanaan kewangan, antaranya melalui endowmen dan wakaf.

Selain dari itu UTHM juga perlu memantapkan kecemerlangan program, penyelidikan dan perkhidmatan professional/masyarakat demi kelestarian selaras dengan keperluan negara dan cabaran global.
 
logo-25-tahun-menegak_95.jpg
Technically Above The Rest
W3C Disability Access Decrease Font Size Increase Font Size
default purple colour blue colour green colour
© Universiti Tun Hussein Onn Malaysia 2009. All Rights Reserved.

This website is bound by the Legal Disclaimer, Privacy Policy, Security Policy and Copyright Notice mentioned.

This website is best viewed using Internet Explorer with Compatibility Viewed activated and Mozilla Firefox with screen resolution of 1024x768.