Login | FAQs | About UTHM Portal
Home arrow News Archive arrow Hasil projek KIK UTHM dapat penarafan Emas di Konvensyen KIK UA, 2016
Hasil projek KIK UTHM dapat penarafan Emas di Konvensyen KIK UA, 2016 Print E-mail
Hear this article

Hasil projek dua pasukan dari Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) telah berjaya mendapat penarafan Emas dalam Konvensyen Kumpulan Kreatif dan Inovatif (KIK) peringkat Universiti Awam kali ke-12, 2016 yang telah berlangsung pada 2 hingga 4 ogos lalu bertempat di Universiti Malaysia Terengganu (UMT).

UTHM telah diwakili oleh dua Kumpulan KIK Pusat Tanggungjawab (PTj)  iaitu Kumpulan Q-PPD daripada Pusat Pengajian Diploma (PPD) untuk kategori Pengurusan dengan membentangkan tajuk projek “Sesi Perundingan Pengiraan GPA/CPA Mengambil Masa Yang Lama”, manakala Kumpulan Renaissance daripada Pusat Kesihatan Universiti (PKU) bagi kategori Teknikal dengan tajuk projek “Pengambilan Darah Mengambil Masa Yang Lama”.

Hasil dari projek kedua-dua kumpulan ini iaitu ‘UTHM GPA/CPA Calculators (UCPAs)’ dan ‘E-zy Vein Kit’, yang berjaya mendapat penarafan Emas ini membawa makna yang tersendiri kepada PTj masing-masing kerana projek sebegini memberi ruang dan peluang untuk diadaptasikan kepada persekitaran kerja yang lebih mantap, terancang dan efisien.

 

Last Updated ( Ahad, 14 Ogos 2016 )
 
logo-25-tahun-menegak_95.jpg
Technically Above The Rest
W3C Disability Access Decrease Font Size Increase Font Size
default purple colour blue colour green colour
© Universiti Tun Hussein Onn Malaysia 2009. All Rights Reserved.

This website is bound by the Legal Disclaimer, Privacy Policy, Security Policy and Copyright Notice mentioned.

This website is best viewed using Internet Explorer with Compatibility Viewed activated and Mozilla Firefox with screen resolution of 1024x768.