Login | FAQs | About UTHM Portal
Home arrow News Archive arrow Naib Canselor sempurnakan Majlis Pelancaran Bulan Kemerdekaan 2016 UTHM
Naib Canselor sempurnakan Majlis Pelancaran Bulan Kemerdekaan 2016 UTHM Print E-mail
Hear this article
Naib Canselor Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Profesor Datuk Dr. Mohd. Noh Dalimin telah menyempurnakan Majlis Pelancaran Bulan Kemerdekaan 2016 peringkat universiti yang diadakan di perkarangan Perpustakaan Tunku Tun Aminah pada 16 Ogos baru-baru ini.
 
Majlis pelancaran yang dihadiri pegawai-pegawai kanan dan staf UTHM itu dimeriahkan dengan simbolik perasmian yang melibatkan acara meletakkan papan tanda “Sehati Sejiwa” pada replika bendera Malaysia.
 
Turut berlangsung ialah penyampaian bendera kepada semua Timbalan-Timbalan Naib Canselor, Penolong-Penolong Naib Canselor, Pendaftar, Bendahari dan Ketua Pustakawan serta pemasangan bendera di kenderaan rasmi Pegawai Kanan Universiti.
 
Majlis tersebut juga menyaksikan Profesor Datuk Dr. Mohd Noh menyampaikan beberapa amanat utama kepada semua staf yang hadir mewakili Pusat Tanggungjawab (PTj) masing-masing.   
 
Sambutan Bulan Kemerdekaan 2016 peringkat universiti ini akan berlangsung selama sebulan iaitu dari 16 Ogos sehingga 16 September akan datang. Pelbagai pengisian dirancang sepanjang tempoh itu antaranya Majlis Bacaan Yasin dan Tahlil, Deklamasi Puisi Kemerdekaan, kibaran jalur gemilang di setiap kenderaan milik warga universiti, penyertaan perbarisan kemerdekaan peringkat negeri serta majlis penutup bulan kemerdekaan yang dijadual berlangsung pada pertengahan September akan datang.  
 
 
 
logo-25-tahun-menegak_95.jpg
Technically Above The Rest
W3C Disability Access Decrease Font Size Increase Font Size
default purple colour blue colour green colour
© Universiti Tun Hussein Onn Malaysia 2009. All Rights Reserved.

This website is bound by the Legal Disclaimer, Privacy Policy, Security Policy and Copyright Notice mentioned.

This website is best viewed using Internet Explorer with Compatibility Viewed activated and Mozilla Firefox with screen resolution of 1024x768.