Login | FAQs | About UTHM Portal
Home arrow News Archive arrow Atlit UTHM wakili Pasukan Bolasepak Wanita Senior Malaysia ke Kejuaraan AFF 2016, Myanmar
Atlit UTHM wakili Pasukan Bolasepak Wanita Senior Malaysia ke Kejuaraan AFF 2016, Myanmar Print E-mail
Hear this article
Atlit UTHM Nurul Hamira Yusma Yusri telah berjaya menyarung jersi skuad kebangsaan bola sepak wanita  ke Kejuaraan AFF yang berlangsung pada 26 Julai hingga 4 Ogos lalu di Mandalay, Myanmar.
Kejayaan Nurul Hamira mewakili skuad wanita senior kebangsaan telah mencapai sasaran Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) untuk melahirkan 30% atlit negara adalah dari atlit universiti yang digelar ‘The Thinking Athlete’.

Kejohanan yang disertai 8 buah negara itu merupakan kejohanan tahunan berprestij anjuran Asean Football Federation (AFF). Dalam kejohanan tersebut Malaysia menamatkan cabaran kumpulan B ditempat ketiga di belakang Vietnam dan Australia B20. Lebih membanggakan, Nurul Hamira merupakan satu-satunya pelajar universiti yang terpilih dalam skuad kebangsaan yang rata-ratanya dibarisi pemain daripada skuad negeri. Selain itu, Nurul Hamira juga bakal beraksi di temasya Sukan SEA 2017 yang akan berlangsung di Kuala Lumpur tahun hadapan.

Semoga penglibatan beliau akan terus mencetus inspirasi dalam kalangan atlit UTHM dan penuntut universiti yang lain untuk berusaha lebih gigih dalam mendapatkan sesuatu. Pusat Sukan dan pihak universiti mengucapkan tahniah di atas pencapaian atlit ini.
 
 
Last Updated ( Khamis, 18 Ogos 2016 )
 
logo-25-tahun-menegak_95.jpg
Technically Above The Rest
W3C Disability Access Decrease Font Size Increase Font Size
default purple colour blue colour green colour
© Universiti Tun Hussein Onn Malaysia 2009. All Rights Reserved.

This website is bound by the Legal Disclaimer, Privacy Policy, Security Policy and Copyright Notice mentioned.

This website is best viewed using Internet Explorer with Compatibility Viewed activated and Mozilla Firefox with screen resolution of 1024x768.