Login | FAQs | About UTHM Portal
Home arrow News Archive arrow UTHM terima 2285 Pelajar Baharu Program Ijazah Sarjana Muda
UTHM terima 2285 Pelajar Baharu Program Ijazah Sarjana Muda Print E-mail
Hear this article
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) menerima seramai 2285orang pelajar baharu bagi program Ijazah Sarjana Muda sesi 2016/2017 pada hari pertama pendaftaran yang berlangsung pada 28 Ogos baru-baru ini.

Daripada jumlah tersebut, 1039 terdiri daripada pelajar lelaki manakala 1246 lagi adalah pelajar perempuan.

Kesemua pelajar yang mendaftarkan diri ini akan mengikuti pelbagai kursus yang ditawarkan oleh lapan fakulti iaitu Fakulti Kejuruteraan Awam dan Alam Sekitar, Fakulti Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik, Fakulti Kejuruteraan Mekanikal dan Pembuatan, Fakulti Pengurusan Teknologi dan Perniagaan, Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat, Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional, Fakulti Teknologi Kejuruteraan  dan Fakulti Sains, Teknologi dan Pembangunan Insan.

Bagaimanapun, jumlah pendaftaran pelajar dijangka akan terus meningkat sehingga tempoh rayuan berakhir.

Pelajar-pelajar baharu tersebut akan menginap di kolej-kolej kediaman yang disediakan oleh pihak universiti dan mereka diwajibkan mengikuti Minggu Haluan Siswa (MHS) yang dijadual berlangsung selama seminggu bermula 28 Ogos hingga 3 September ini.
 
 
Last Updated ( Isnin, 29 Ogos 2016 )
 
logo-25-tahun-menegak_95.jpg
Technically Above The Rest
W3C Disability Access Decrease Font Size Increase Font Size
default purple colour blue colour green colour
© Universiti Tun Hussein Onn Malaysia 2009. All Rights Reserved.

This website is bound by the Legal Disclaimer, Privacy Policy, Security Policy and Copyright Notice mentioned.

This website is best viewed using Internet Explorer with Compatibility Viewed activated and Mozilla Firefox with screen resolution of 1024x768.