Login | FAQs | About UTHM Portal
Home arrow News Archive arrow Kumpulan KIK Q-PPD dapat penarafan Emas di ICQCC 2016
Kumpulan KIK Q-PPD dapat penarafan Emas di ICQCC 2016 Print E-mail
Hear this article
Kumpulan KIK Q-PPD, Pusat Pengajian Diploma, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) telah berjaya mendapat penarafan Emas di International Convention on Quality Control Circles (ICQCC) 2016 yang berlangsung pada 23 hingga 26 Ogos lalu bertempat di The Centara Grand Plaza Ladprao Bangkok Hotel, Thailand.
 
Kejayaan mendapat penarafan EMAS peringkat antarabangsa ini diperolehi menerusi projek bertajuk “Prolonged GPA/CPA Calculation Process During Academic Consultation”.
 
Konvensyen anjuran The Association of QC Headquarters of Thailand ini telah melibatkan 323 projek inovatif & kreatif dan ianya disertai oleh 330 pasukan dari 13 buah negara antaranya Malaysia, Thailand, Sri Lanka, Singapura, India, Jepun, Korea, China, Filipina, Indonesia dan Bangladesh. Malaysia telah menghantar sebanyak 39 kumpulan KIK di konvensyen tersebut.
 
Kumpulan KIK Q-PPD ini dianggotai oleh Sabani Mohd, Rafizah Mohd Hanifa, Misbahul Muneer Abdul Rahman, Nor Faezah Adan, Muhammad Faizal Ismail, Rozainita Rosley, Rusnani Saji, Ida Aryanie Bahrudin, Eddy Irwan Shah Saadon dan Hj. Suhaimi Makminin selaku Fasilitator kumpulan.

 
logo-25-tahun-menegak_95.jpg
Technically Above The Rest
W3C Disability Access Decrease Font Size Increase Font Size
default purple colour blue colour green colour
© Universiti Tun Hussein Onn Malaysia 2009. All Rights Reserved.

This website is bound by the Legal Disclaimer, Privacy Policy, Security Policy and Copyright Notice mentioned.

This website is best viewed using Internet Explorer with Compatibility Viewed activated and Mozilla Firefox with screen resolution of 1024x768.