Login | FAQs | About UTHM Portal
Home arrow News Archive arrow Malam Kelana Puisi ‘Berlari Ke Langit Merdeka’ 2016 bawa konsep Muafakat Johor
Malam Kelana Puisi ‘Berlari Ke Langit Merdeka’ 2016 bawa konsep Muafakat Johor Print E-mail
Hear this article

Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) telah menganjurkan program Malam Kelana Puisi “Berlari ke Langit” 2016 yang menampilkan penyair, penulis dan pelajar serta pemimpin kerajaan dan badan bukan kerajaan bagi menyemarakkan lagi sambutan Bulan Kebangsaan. Turut serta para pelajar dan guru daripada Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Ismail, Parit Raja.

Program yang dikelolakan oleh Unit Seni Budaya dan Warisan, Pejabat Hal Ehwal Pelajar UTHM ini merupakan anjuran bersama Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Selatan (DBP), Persatuan Penulis Johor(PPJ), Persatuan Sejarah Daerah Batu Pahat(PS), Institut Pendidikan Guru Tun Hussein (IPG), dan Majlis Kebudayaan Daerah(MKD) Batu Pahat.

Ketua Penolong Pegawai Daerah Batu Pahat, Encik Khirul Nizam Mat Said wakil rasmi Pegawai Daerah Batu Pahat telah membuka gelanggang puisi pada malam itu serta menyampaikan teks ucapan mengucapkan tahniah kepada pihak penganjur atas inisiatif badan kerajaan dan bukan kerajaan dalam mengambil langkah “Muafakat Johor “menganjur program secara bersama sempena sambutan bulan kemerdekaan ini.

Sementara itu, Profesor  Madya Dr. Asri Selamat, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UTHM , dalam ucapannya selaku tuan rumah melahirkan rasa terima kasih kepada semua pihak yang menjayakan program tersebut dan menganggap program ini adalah kesinambungan kepada kalender aktiviti menyemarakkan lagi sambutan bulan kebangsaan diperingkat universiti.

Turut hadir pada malam tersebut, YB Tuan Haji Aziz Ismail, Ahli Dewan Undangan Negeri Senggarang  merangkap Naib Pengerusi Persatuan Sejarah Batu Pahat, ACP Abdul Wahib Musa,Ketua Polis Daerah Batu Pahat, En. Ahmad  Asri Khalbi, Setiausaha Akhbar Menteri Besar Johor yang juga merupakan Deklamator Kebangsaan.

Malam tersebut menyaksikan YB Tuan Haji Aziz Ismail, Sarjan Major Yusuf Ramji, Tuan Haji Syapiai Ramly,Ahli Jawatankuasa (PPJ), Dr. Hussin Sarif (IPG) dan Encik Mohmed Salleh, Pandak Penghulu Mukim 8 Sri Gading telah mendeklamasikan puisi bertemakan kemerdekaan.

Selain itu Uncle Sam dari Persatuan Sejarah Batu Pahat turut mendendang nyanyian lagu lagu patriotik yang bersahaja dan menghiburkan manakala Ku Hasnan Ku Halim, Pensyarah dari Pusat Pengajian Umum dan Kokurikulum bersama anak anak beliau turut mendeklamasikan puisi. Penyair dalam kalangan Pelajar Institut Perguruan Kampus Tun Hussein Onn, Batu Pahat turut hadir menyemarakkan lagi Progam Malam Kelana Puisi ‘Berlari Ke langit Merdeka’ itu.

 
logo-25-tahun-menegak_95.jpg
Technically Above The Rest
W3C Disability Access Decrease Font Size Increase Font Size
default purple colour blue colour green colour
© Universiti Tun Hussein Onn Malaysia 2009. All Rights Reserved.

This website is bound by the Legal Disclaimer, Privacy Policy, Security Policy and Copyright Notice mentioned.

This website is best viewed using Internet Explorer with Compatibility Viewed activated and Mozilla Firefox with screen resolution of 1024x768.