Login | FAQs | About UTHM Portal
Home arrow News Archive arrow UTHM lahir pelajar pertama terima anugerah ‘Best Thesis Award’ oleh CSM
UTHM lahir pelajar pertama terima anugerah ‘Best Thesis Award’ oleh CSM Print E-mail
Hear this article

Shah Alam - Akhtar Izzaty binti Riwayat, pelajar Fakulti kejuruteraan Awam dan Alam Sekitar (FKAAS), mencatat sejarah apabila menjadi pelajar Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) yang pertama menerima anugerah ‘BEST THESIS AWARD 2016’ oleh Concrete Society Malaysia (CSM) pada majlis makan malam korporat yang diadakan pada 5 Ogos lalu.

Anugerah ‘BEST THESIS AWARD 2016’ ini adalah untuk memberi pengiktirafan kepada graduan yang berjaya menghasilkan sebuah kajian berimpak tinggi berkaitan konkrit di dalam projek sarjana muda. Tesis bertajuk "Compressive and Tensile Strength of Concrete Containing Waste Rubber Particle as a Filler in Foam Concrete" itu telah diselia oleh Pensyarah FKAAS, Dr. Siti Radziah Abdullah.

Majlis penyampaian hadiah yang telah disempurnakan oleh Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Datuk Dr. Abu Bakar Mohamad Diah menyaksikan Akhtar Izzaty berjaya membawa pulang trofi, sijil serta wang tunai.

Majlis makan malam korporat CSM yang diadakan di Dewan Sri Budiman UiTM Shah Alam itu diadakan bertujuan untuk merapatkan lagi hubungan pihak industri dengan penyelidik-penyelidik dari universiti khususnya dalam bidang Concrete material.

Untuk rekod, CSM yang dulu dikenali sebagai Persatuan Konkrit Malaysia (PERKOM) telah di tubuhkan pada tahun 1994. Seramai empat orang ahli majlis tertinggi CSM adalah dalam kalangan Staff FKAAS, UTHM iaitu Profesor Madya Dr. Mohd Haziman Wan Ibrahim, Dr. Ahmad Zurisman Mohd Ali, Dr. Sasitharan dan Dr. Shahiron Shahidan.

Penganugerahan ini adalah julung kali diberikan oleh CSM semenjak ianya ditubuhkan. Turut membanggakan, UTHM juga merupakan universiti pertama berjaya menubuhkan Persatuan CSM Student Chapter Cawangan Selatan. Dengan kejayaan seperti ini terbukti pelajar FKAAS dan UTHM mampu menghasilkan kajian-kajian yang memberi impak kepada industri dan diiktiraf oleh pihak CSM.

 
logo-25-tahun-menegak_95.jpg
Technically Above The Rest
W3C Disability Access Decrease Font Size Increase Font Size
default purple colour blue colour green colour
© Universiti Tun Hussein Onn Malaysia 2009. All Rights Reserved.

This website is bound by the Legal Disclaimer, Privacy Policy, Security Policy and Copyright Notice mentioned.

This website is best viewed using Internet Explorer with Compatibility Viewed activated and Mozilla Firefox with screen resolution of 1024x768.