Login | FAQs | About UTHM Portal
Home arrow News Archive arrow UTHM raih dua Emas di Konvensyen Team Excellence Wilayah Selatan 2016
UTHM raih dua Emas di Konvensyen Team Excellence Wilayah Selatan 2016 Print E-mail
Hear this article
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) telah meraih dua EMAS di dalam Konvensyen Team Excellence Wilayah Selatan 2016 yang berlangsung pada 15 dan 16 Ogos lalu di KSL Resort, Johor Bahru.  

Dua anugerah emas yang diraih adalah hasil kolaborasi kumpulan Mosfet dari Fakulti Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik (FKEE) dengan tajuk projek “Permohonan Komponen Elektronik Secara Online” dan Kumpulan BOSS dari Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional (FPTV) dengan tajuk projek  “Kesukaran Penyediaan Rancangan Mengajar Harian (RMH) dalam Program Latihan Mengajar (PLM).”

Sebanyak 74  Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) dari pelbagai agensi termasuk sektor awam dan swasta telah menyertai konvensyen anjuran Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) ini. Beberapa projek terbaik kumpulan KIK dari Wilayah Selatan akan dipilih untuk menyertai  Konvensyen Team Excellence  (ICC/QE) Kebangsaan 2016 yang dijadual berlangsung pada 25 - 27 Oktober akan datang di PICC, Putrajaya.

Kumpulan MOSFET dianggotai oleh Encik Omar Salleh, Dr. Mohamed Najib Ribuan, Puan Siti Ruslina Mohamad Rusli, Puan Saniah Suluki, Encik Mahmod Munajat, Encik Ramlan Ralim dan Encik Fadzil Esa. Manakala Kumpulan BOSS pula dianggotai oleh Dr. Noorazman Abd Samad, Dr. Azman Hassan, Puan Farizah Sudin, Puan Zanariah Ahmad, Encik Khairul Nizam Mohd Nazri, Encik Mohd Razali Mohd Muksin, Encik Khairul Fahmi Ali, Encik Mohd Raimi A. Samat, Encik Usuloudin Hamzah dan Cik Norsyazwani Paham.

 
logo-25-tahun-menegak_95.jpg
Technically Above The Rest
W3C Disability Access Decrease Font Size Increase Font Size
default purple colour blue colour green colour
© Universiti Tun Hussein Onn Malaysia 2009. All Rights Reserved.

This website is bound by the Legal Disclaimer, Privacy Policy, Security Policy and Copyright Notice mentioned.

This website is best viewed using Internet Explorer with Compatibility Viewed activated and Mozilla Firefox with screen resolution of 1024x768.