Login | FAQs | About UTHM Portal
Home arrow News Archive arrow Kem STEM UTHM-SKK 2016 tarik minat pelajar terokai bidang Sains dan Matematik
Kem STEM UTHM-SKK 2016 tarik minat pelajar terokai bidang Sains dan Matematik Print E-mail
Hear this article
Batu Pahat - Seramai 360 pelajar dan 44 guru sekolah telah terlibat dalam Kem STEM (Science, Technology, Engineering, Mathematics) anjuran Pejabat Hubungan Universiti dan Masyarakat, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) dibawah portfolio Penolong Naib Canselor (Hubungan Universiti dan Masyarakat), Profesor Dato’ Dr Abdul Razak Hj Omar yang telah dilaksanakan pada bulan Ogos lalu.

Manakala 60 fasilitator dan jurulatih dalam kalangan staf dan pelajar UTHM terlibat secara langsung dalam pemindahan ilmu dan menyumbangkan kepakaran kepada komuniti sekolah ini. Kem STEM (Science, Technology, Engineering, Mathematics) ini merupakan program Jalinan UTHM bersama Sekolah Kluster Kecemerlangan (SKK) yang diletakkan di bawah UTHM oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.

Kem STEM ini merupakan penyertaan terbesar yang melibatkan 16 daripada 25 buah sekolah SKK iaitu SK, SMK dan SMKA sekitar negeri Johor berbanding lapan buah sekolah yang dilaksanakan tahun lepas 2015. Sekolah-sekolah yang terlibat adalah SMK Tinggi Batu Pahat, SK Seri Tebrau, SK Cannosian Convent (M) Kluang, SMK (P) Temenggong, SK Convent Batu Pahat, SK Seri Sabak Uni, SK (LKTP) Tenggaroh 1,4,6, SK Parit Latiff, SMKA Maahad Muar, SMK Bandar Putra, SMK (P) Sultan Abu Bakar, SMKA Bandar Penawar, SK Jubli Intan dan SMK Tinggi Kluang.

Program SKK bertujuan membantu pihak sekolah melonjakkan kecemerlangan sekolah dalam sistem pendidikan Malaysia yang dapat melahirkan murid yang holistik dalam aspek akademik, kokurikulum dan sahsiah. Inisiatif ini selaras dengan perlaksanaan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025, yang memberi kepercayaan kepada sekolah untuk memperbaiki sendiri pencapaian mereka mengikut kebijaksanaan sekolah masing-masing.

Tahun ini aktiviti menfokuskan kepada bidang STEM iaitu Sains, Rekacipta Teknologi, Kejuruteraan Robotik, dan Matematik. Selain bidang STEM ini, kebitaraan akademik yang lain juga turut ditekankan khususnya dalam Bahasa Inggeris, Bahasa Melayu dan Bahasa Arab.

Tambahan lagi, aktiviti Kebitaraan Kokurikulum dilibatkan dalam Kem ini antaranya Bola Sepak, Bola Jaring, Badminton, Golf, Catur, dan Kelab Alam Sekitar. Semua aktiviti-aktiviti ini adalah berbentuk praktikal dan amali. Tidak ketinggalan juga, konsep wayang minda NLP oleh Jurulatih NLP UTHM, Tuan Haji Zulkarnain Md Amin disalurkan kepada murid-murid sekolah selaras dengan usaha UTHM mempraktikkan dan mengintegrasikan kesan NLP kepada komuniti setempat.

Profesor Dato’ Dr Abdul Razak berkata program Kem STEM ini yang dilaksanakan selama tiga hari selaras dengan hasrat Kerajaan dalam membantu para pelajar sejak di peringkat sekolah bagi meminati dan menceburi bidang sains dan matematik seterusnya menjadi asas kepada pelajar dalam menguasai bidang kejuruteraaan dan teknologi apabila mereka berada di peringkat kolej dan universiti.

Penganjuran program ini turut mendapat kerjasama dari lima Pusat Tanggungjawab UTHM yang terlibat secara langsung dalam menjayakan program ini iaitu Fakulti Sains, Teknologi dan Pembangunan Insan (FSTPi), Fakulti Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik (FKEE), Pusat Pengajian Bahasa, Pusat Sukan, dan Pusat Pengajian Umum dan Kokurikulum.
 
 
logo-25-tahun-menegak_95.jpg
Technically Above The Rest
W3C Disability Access Decrease Font Size Increase Font Size
default purple colour blue colour green colour
© Universiti Tun Hussein Onn Malaysia 2009. All Rights Reserved.

This website is bound by the Legal Disclaimer, Privacy Policy, Security Policy and Copyright Notice mentioned.

This website is best viewed using Internet Explorer with Compatibility Viewed activated and Mozilla Firefox with screen resolution of 1024x768.