Login | FAQs | About UTHM Portal
Laman Utama arrow Pentadbiran arrow Pejabat Penolong Naib Canselor (Pembangunan, Pengurusan Fasiliti Dan ICT)
Pejabat Penolong Naib Canselor (Pembangunan, Pengurusan Fasiliti Dan ICT) Cetak Emel
Hear this article

Pejabat Penolong Naib Canselor (Pembangunan, Pengurusan Fasiliti dan ICT) ditubuhkan pada 1 Ogos 2009.  Selain berperanan menyokong kepada pengurusan pentadbiran Pejabat Naib Canselor, pejabat ini secara khusus bertanggungjawab dalam merancang dan membangunkan keperluan infrastruktur yang kondusif, menguruskan fasiliti secara optimum dan menyediakan keperluan ICT di Kampus UTHM.

Pada masa ini, Pejabat PNC (PPFI) didokong oleh Pusat, Bahagian dan Unit yang bertindak mengikut bidang kepakaran masing-masing iaitu  :

i) Bahagian Pembangunan (BP);
ii) Bahagian Pengurusan Fasiliti (BPF);
iii) Pusat Teknologi Maklumat (PTM);
iv) Bahagian Pentadbiran Hartabina (BPH);
v) Bahagian Persekitaran, Kesihatan dan Keselamatan Perkerjaan (BPKKP);
vi) Bahagian Pengurusan Kontrak (BPK); dan 
vii) Unit Pembangunan Kampus Pagoh (UPKP).

Selain itu, Unit Kampus Lestari yang merancang dan melaksanakan program kelestarian kampus diletakkan di bawah Bahagian Persekitaran, Kesihatan dan Keselamatan Perkerjaan (BPKKP).

VISI :

Menyedia kemudahan infrastruktur yang kondusif, mengurus dan menyelia fasiliti serta memberikan khidmat ICT berteknologi tinggi berasaskan konsep bangunan hijau demi kecemerlangan Universiti.

MISI :

Merancang, melaksana dan menguruskan pembangunan, aset, teknologi ICT serta perkhidmatan yang berkualiti  berteraskan lestari untuk merealisasikan Misi dan Visi Universiti.

OBJEKTIF :

i) Menyediakan kemudahan prasarana yang lengkap serta kondusif ke arah pembangunan kampus lestari bagi memastikan pembangunan dan kesempurnaan dalam sistem pengajaran dan pembelajaran, pembangunan latihan dan pengurusan sumber yang berkesan. 

ii) Menyediakan kemudahan fizikal untuk sistem pengurusan Universiti termasuk kemudahan serta perkhidmatan teknologi maklumat untuk memastikan fungsi UTHM menghasilkan ahli teknokrat yang berdaya saing dalam arus globalisasi akan tercapai.
 
KETUA :

Prof. Dr. Ahmad Tarmizi bin Abd. Karim
Penolong Naib Canselor (Pembangunan, Pengurusan Fasiliti dan ICT)

HUBUNGAN KAMI :

En. Misman bin Ramly
Timbalan Pendaftar Kanan
Pejabat Penolong Naib Canselor (Pembangunan, Pengurusan Fasiliti dan ICT)
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
86400 Parit Raja, Batu Pahat
Johor Darul Ta’zim
Tel.   : 07-453 7203/7201
Faks  : 07-453 6007
Emel  : Alamat emel ini telah dilindungi dari spam bots, anda perlukan benarkan Javascript untuk melihatnya

Terakhir dikemaskini ( Khamis, 27 Oktober 2016 )
 
Technically Above The Rest
W3C Disability Access Decrease Font Size Increase Font Size
default purple colour blue colour green colour
© Universiti Tun Hussein Onn Malaysia 2009. Hak cipta terpelihara.

Laman ini tertakluk kepada Penafian, Dasar Privasi, Dasar Keselamatan & Notis Hak cipta yang dinyatakan.

Laman web ini sesuai dilayari menggunakan Internet Explorer "Compatibilty View activated" dan Mozilla Firefox dengan paparan resolusi 1024x768.