Login | FAQs | About UTHM Portal
Home arrow News arrow UTHM terima sumbangan endowmen 600 ribu daripada Living Micro Corporation Sdn. Bhd.
UTHM terima sumbangan endowmen 600 ribu daripada Living Micro Corporation Sdn. Bhd. Print E-mail
Hear this article
Batu Pahat - Living Micro Corporation Sdn. Bhd. menyerahkan sumbangan endowmen sebanyak RM600,000.00 dalam bentuk barangan kepada Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) dalam satu majlis ringkas yang diadakan pada 27 Oktober 2016 bertempat di aras 5, Perpustakaan Tunku Tun Aminah, kampus induk.

Pemberian sumbangan tersebut adalah bagi tujuan perlaksanaan aktiviti Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) produk makanan supplement berasaskan moringa, produk makanan ternakan haiwan menggunakan sisa pertanian dan produk rawatan air menggunakan teknologi mikrob.

Pemberian sumbangan ini akan diuruskan oleh Profesor Madya Dr. Zawawi Daud dari Fakulti Kejuruteraan Awam dan Alam Sekitar (FKAAS) sebagai wakil yang dilantik oleh pihak universiti.
Dalam majlis ringkas tersebut, satu pertukaran dokumen yang ditandatangani sebelumnya telah dibuat antara Dr. Muhammad Alee Abdullah, Pengerusi Living Micro Corporation Sdn. Bhd. dan Profesor Dr. Wahid bin Razzaly, Menjalankan Fungsi Naib Canselor sebagai simbolik kerjasama dua pihak.

Menurut Profesor Dr. Wahid, pihak universiti amat berterima kasih dan berbesar hati menerima sumbangan tersebut dan akan memastikan ianya diuruskan dengan baik dan telus demi mencapai matlamat bersama iaitu menjadikan bidang penyelidikan universiti sebagai sesuatu yang boleh dikembang dan dikomersialkan.

Turut hadir, Dato' Haji Awang Mohamad, Yang Dipertua Persatuan Bugis negeri Johor, Profesor Madya Dr. Asri Selamat, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni) dan Profesor Dr. Rosziati Ibrahim, Menjalankan Tugas Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi).
Last Updated ( Khamis, 27 Oktober 2016 )
 
logo-25-tahun-menegak_95.jpg
Technically Above The Rest
W3C Disability Access Decrease Font Size Increase Font Size
default purple colour blue colour green colour
© Universiti Tun Hussein Onn Malaysia 2009. All Rights Reserved.

This website is bound by the Legal Disclaimer, Privacy Policy, Security Policy and Copyright Notice mentioned.

This website is best viewed using Internet Explorer with Compatibility Viewed activated and Mozilla Firefox with screen resolution of 1024x768.