Login | FAQs | About UTHM Portal
Home arrow News Archive arrow Projek Inovasi FPTV dapat anugerah ‘Emas 3 Bintang’ di Apic 2016
Projek Inovasi FPTV dapat anugerah ‘Emas 3 Bintang’ di Apic 2016 Print E-mail
Hear this article
Projek Inovatif dan Kreatif (KIK) Kumpulan BOSS bertajuk “Kesukaran Penyediaan Rancangan Pengajaran Harian (RPH) Dalam Program Latihan Mengajar” dari Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional (FPTV), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) telah mendapat Anugerah ‘Emas 3 Bintang’ di dalam Annual Productivity & Innovation Conference and Exposition 2016 (APIC 2016) sempena penganjuran Konvensyen Team Excellence Kebangsaan 2016 pada 25 - 27 Oktober.
 
Konvensyen anjuran Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) ini diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC). Majlis penutup dan penyampaian anugerah telah disempurnakan oleh Dato’ Sri Mustapa Mohamed, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri pada 27 Oktober 2016 di Dewan Perdana, PICC, Putrajaya.
 
Kumpulan BOSS dianggotai oleh Dr. Noorazman Abd Samad (Fasilitator), Dr. Azman Hasan (Ketua), Encik Khairul Nizam Mohd. Nazri, Encik Mohd. Razali Mohd. Muksin, Encik Khairul Fahmi bAli, Encik Mohd. Raimi A. Samat, Encik Usuloudin Hamzah, Puan Farizah Sudin, Puan Zanariah Ahmad dan Cik Norsyazwanie Paham.
 
Annual Productivity & Innovation Conference and Exposition 2016 (APIC 2016) adalah platform untuk organisasi awam dan swasta mempamerkan amalan terbaik mereka dalam proses inovasi, meningkatkan kepuasan pelanggan dan pengurusan kos.  Ianya mempertandingkan Inovative Creative Circle (ICC) dalam empat kategori iaitu Sektor Awam, Sektor Elektrik & Elektronik, Sektor Perkilangan dan Sektor Perkhidmatan dan berjaya menarik penyertaan daripada 214 kumpulan dari seluruh Malaysia.
 
Kumpulan yang menunjukkan prestasi terbaik akan dijemput untuk menyertai persidangan antarabangsa berkaitan inovasi iaitu International Convention on Quality Control Circle 2017 (ICQCC 2017) di Filipina, International Exposition on Team Exvellence 2017 (IETEX 2017) di Singapura, International Quality and Productivity Convention 2017 (IQPC) di Indonesiadan Asia Pacific Quality Conference 2017 (APQC 2017) di Filipina.

 
logo-25-tahun-menegak_95.jpg
Technically Above The Rest
W3C Disability Access Decrease Font Size Increase Font Size
default purple colour blue colour green colour
© Universiti Tun Hussein Onn Malaysia 2009. All Rights Reserved.

This website is bound by the Legal Disclaimer, Privacy Policy, Security Policy and Copyright Notice mentioned.

This website is best viewed using Internet Explorer with Compatibility Viewed activated and Mozilla Firefox with screen resolution of 1024x768.