Login | FAQs | About UTHM Portal
Home arrow News Archive arrow WoCTVET 2016 perkasakan Pendidikan dan Latihan Guru TVET di peringkat global
WoCTVET 2016 perkasakan Pendidikan dan Latihan Guru TVET di peringkat global Print E-mail
Hear this article

Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) melalui Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional (FPTV) dan anak syarikat UTHM Holdings Sdn. Bhd. telah menganjurkan seminar kali ke-5 World Congress on Teacher Education for TVET (WoCTVET 2016) pada 1 dan 2 November lalu bertempat di KSL Hotel and Resort, Johor Bahru.

Seminar bertemakan TVET Talent Development: Advancing Society Through Quality, Technology, Innovation and Skill Mobilisation ini dilaksanakan dengan kolaborasi rakan dari dalam dan luar negara yang terdiri daripada Jabatan Pengajian Politeknik, Jabatan Pembangunan Kemahiran, Universitas Pendidikan Indonesia (UPI), UNESCO-UNEVOC Center Shenzhen Polytechnic,  Regional Association on Vocational Teacher Education (RAVTE) dan Korean Research Institute on Vocational Education and Training (KRIVET).Kolaborasi ini dilihat memberi impak positif terhadap pendidikan guru TVET diperingkat antarabangsa.

Objektif penganjuran seminar ini adalah untuk memupuk kerjasama dan muhibah dalam kalangan pakar-pakar dan penyelidik untuk memangkin dan memajukan Pendidikan dan Latihan Teknik dan Vokasional  (TVET) serta meningkatkan kesedaran global mengenai kepentingan bidang TVET khususnya pendidikan guru, dan untuk menggalakkan tindakan yang berkesan terhadap arus pembangunan TVET di seluruh dunia amnya, dan Malaysia khususnya.Terdapat enam sub tema yang diperbincangkan melalui pembentangan kertas kerja secara sesi selari iaitu kepimpinan dan pengurusan, kurikulum dan pengajaran, teknologi maklumat dan komunikasi (ICT), pentaksiran dan penilaian, inovasi dan teknologi pendidikan, dan kerja dan pembangunan kerjaya. Kesemua kertas pembentangan akan diterbitkan di dalam Jurnal PERTANIKA (Special Issue) pada awal tahun 2017.

WoCTVET 2016 yang berlangsung selama dua hari telah dihadiri oleh 75 orang peserta dan pembentang terdiri daripada pelbagai institusi dari dalam dan luar negara. Antara institusi dalam negara yang terlibat adalah dari UiTM, UTM, Politeknik, MARA dan rakan-rakan kolaborasi termasuk UTHM. Manakala pembentang dari luar negara adalah seperti dari Indonesia, Filipina, Korea Selatan, China, dan Australia.

Ucaptama seminar pada kali ini telah disampaikan oleh tiga orang pengucaptama yang mempunyai pengalaman dan kepakaran luas dalam bidang TVET iaitu Profesor Roger S. Hadgraft, Pengarah Educational Research & Development, University of Technology Sydney,  Profesor Dr. Maizam Alias, Profesor dari UTHM dan  Assoc. Profesor Dayue Fan, Acting Director, coordinator, UNESCO-UNEVOC Center Shenzhen Polytechnic).

Seminar ini dirancang untuk menarik dan memberi peluang kepada pemimpin-pemimpin pendidikan, pendidik dan pembuat dasar untuk bersama-sama menggalakkan dan meningkatkan kerjasama bagi menangani tindak balas serantau dan negara dengan lebih berkesan terhadap bidang TVET. Penyelidikan yang dihasilkan dapat diterjemahkan melalui platform pembentangan dan perbincangan ilmiah demi melahirkan warga pendidik yang lebih kreatif, inovatif, cemerlang dan diharapkan mampu menjadi pemangkin ke arah perkembangan TVET.

 

Last Updated ( Rabu, 16 November 2016 )
 
logo-25-tahun-menegak_95.jpg
Technically Above The Rest
W3C Disability Access Decrease Font Size Increase Font Size
default purple colour blue colour green colour
© Universiti Tun Hussein Onn Malaysia 2009. All Rights Reserved.

This website is bound by the Legal Disclaimer, Privacy Policy, Security Policy and Copyright Notice mentioned.

This website is best viewed using Internet Explorer with Compatibility Viewed activated and Mozilla Firefox with screen resolution of 1024x768.