Login | FAQs | About UTHM Portal
Home arrow News Archive arrow Festival dan Anugerah Kecemerlangan Penyelidikan & Inovasi 2016 lonjak Inovasi dan Visibility UTHM
Festival dan Anugerah Kecemerlangan Penyelidikan & Inovasi 2016 lonjak Inovasi dan Visibility UTHM Print E-mail
Hear this article

Pejabat Pengurusan Penyelidikan, Inovasi, Pengkomersilan dan Perundingan (ORICC), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) sekali lagi menganjurkan Research & Innovation Festival (R&I Fest 2016) buat kali ke-10 pada 14 dan 15 November lalu bertempat di Dewan Sultan Ibrahim, kampus induk.

Penganjuran kali ini telah berjaya menarik lebih 1000 pengunjung yang terdiri daripada staf UTHM dan juga jemputan luar. Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) Malaysia, Datuk Seri Panglima Madius Tangau telah menyempurnakan Majlis Perasmian Penutup R&I Fest 2016 dan Majlis Penyampaian Anugerah Kecemerlangan Penyelidikan dan Inovasi 2016 yang diadakan pada 15 November lalu.

Upacara perasmian telah diselitkan dengan pelancaran Sistem Maklumat Penerbitan Universiti (SMPU) Versi 3.0 dan pelancaran Sistem MyExpert Versi 2.0 iaitu satu sistem yang ditambah baik untuk menyelaras keperluan penarafan data MyRA®, MyMOHES & QS Rating serta penjanaan statistik dan laporan yang diperlukan oleh pengurusan universiti.

Bagi memeriahkan lagi festival, pihak penganjur telah menyediakan 110 hadiah cabutan bertuah kepada pelajar-pelajar sekolah manakala untuk staf pula sebanyak lima cabutan. Majlis tersebut turut menyaksikan Datuk Seri Panglima Madius menyampaikan hadiah utama berupa tiket penerbangan pergi dan balik serta penginapan ke Bandung Indonesia, tiket penerbangan ke Ho Chi Minh Vietnam, barangan elektrik serta hamper kepada penerima bertuah.

Bermula tahun 2007, R&I Fest merupakan program yang signifikan dalam meningkatkan repositori hasil penyelidikan dan inovasi universiti. Bertemakan ‘Wealth Creation Through Innovation’, program ini menyediakan peluang dan ruang kepada para penyelidik mempamerkan hasil penemuan daripada kajian yang telah dijalankan. Pada kebiasaannya, produk-produk R&I Fest yang berkualiti dan memenangi hadiah akan menjadi ‘feeder’ dan berpotensi untuk dipilih mewakili universiti dalam pameran atau pertandingan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

Sepertimana penganjuran tahun sebelumnya, R&I Fest 2016 menawarkan penyertaan pertandingan kepada warga UTHM dalam dua katogeri utama iaitu Kategori Penyelidikan (Staf) dan Kategori Inovasi (Pelajar). Menariknya pada tahun ini, penyertaan R&I Fest telah diperluaskan kepada Kategori Inovasi (Pelajar Sekolah). Bilangan penyertaan dalaman yang diterima adalah sebanyak 120 bagi staf dan 54 bagi pelajar UTHM. Manakala sebanyak 18 penyertaan adalah daripada pelajar sekolah sekitar negeri Johor.

Sementara itu, Anugerah Kecemerlangan Penyelidikan dan Inovasi 2016 pula merupakan program dwi-tahunan yang memberi pengiktirafan kepada para penyelidik yang menyumbang kepada peningkatan hasil penerbitan, penyelidikan dan inovasi universiti. Penilaian data bagi Anugerah Kecemerlangan Penyelidikan dan Inovasi 2016 adalah bagi tempoh dua tahun iaitu 2014 dan 2015, manakala bagi Anugerah Kecemerlangan Penerbitan, data yang dinilai adalah sehingga pada 13 Oktober 2016.

 

Last Updated ( Isnin, 21 November 2016 )
 
logo-25-tahun-menegak_95.jpg
Technically Above The Rest
W3C Disability Access Decrease Font Size Increase Font Size
default purple colour blue colour green colour
© Universiti Tun Hussein Onn Malaysia 2009. All Rights Reserved.

This website is bound by the Legal Disclaimer, Privacy Policy, Security Policy and Copyright Notice mentioned.

This website is best viewed using Internet Explorer with Compatibility Viewed activated and Mozilla Firefox with screen resolution of 1024x768.