Login | FAQs | About UTHM Portal
Home arrow News Archive arrow Pelajar FKEE UTHM ungguli IEEE Young Professional Poster Competition
Pelajar FKEE UTHM ungguli IEEE Young Professional Poster Competition Print E-mail
Hear this article
Penglibatan para pelajar dalam persatuan profesional semasa pengajian adalah sangat signifikan dalam usaha memupuk nilai profesionalisme selain memberikan pendedahan terhadap cabaran sebenar di luar sana. Selain itu, pelbagai penglibatan aktif dalam aktiviti profesional berkaitan bukan sahaja membantu menajamkan kemahiran akademik para pelajar malah pastinya kemahiran insaniah (KI) para pelajar. 

Diumumkan oleh IEEE Young Profesional pada 16 November 2016 lalu keputusan bagi IEEE Young Profesional Poster Competition memberikan khabar gembira kepada Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) apabila dua pelajar di bawah seliaan Dr Afandi Bin Ahmad yang juga merupakan Dekan Fakulti Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik (FKEE) muncul sebagai juara dan pemenang tempat kedua. 

Muhammad Muzakkir Mohd Nadzri yang juga merupakan pelajar Sarjana Kejuruteraan Elektrik (Penyelidikan) mengungguli sebagai juara menerusi kajian bertajuk “Efficient Reconfigurable Architectures of Surveillance System for Wildlife” yang turut dibiayai menerusi Geran Penyelidikan Pascasiswazah (GPPS). Manakala kajian berkaitan kejuruteraan sukan mendayung oleh Zarina Tukiran, pelajar Doktor Falsafah Kejuruteraan Elektrik bersama Syafuan Syafiee dan Faris Roslan pula berjaya meraih sebagai naib juara. Kedua-dua kejayaan ini adalah bagi kategori Pelajar Pascasiswazah Kejuruteraan yang turut disertai oleh pelajar-pelajar pascasiswazah lain Universiti Awam dan Swasta di Malaysia. Tempat ketiga bagi kategori ini pula diraih oleh Shing Chyi Chua, Eng Kiong Wong dan Alan Wee Chiat Tan dari Multimedia University. 
 
Majlis penyampaian hadiah kepada para pemenang akan dilaksanakan pada 13 Disember 2016 (Selasa) bertempat di Berjaya Times Square Hotel, Kuala Lumpur bersempena dengan penganjuran IEEE Students' Conference in Research & Development (SCOReD 2016) oleh IEEE Young Professional. Pastinya kejayaan ini adalah suatu perkara yang memotivasikan dan juga membuktikan bahawa kajian dan kebolehan para pelajar FKEE UTHM berada pada landasan yang baik dan cemerlang serta diiktiraf.  

 
logo-25-tahun-menegak_95.jpg
Technically Above The Rest
W3C Disability Access Decrease Font Size Increase Font Size
default purple colour blue colour green colour
© Universiti Tun Hussein Onn Malaysia 2009. All Rights Reserved.

This website is bound by the Legal Disclaimer, Privacy Policy, Security Policy and Copyright Notice mentioned.

This website is best viewed using Internet Explorer with Compatibility Viewed activated and Mozilla Firefox with screen resolution of 1024x768.