Login | FAQs | About UTHM Portal
Home arrow News Archive arrow Program Kepimpinan Harapan XIV 2016 perkasakan Majlis Kepimpinan Pelajar Kolej Kediaman
Program Kepimpinan Harapan XIV 2016 perkasakan Majlis Kepimpinan Pelajar Kolej Kediaman Print E-mail
Hear this article
Bagi memperkasakan lagi Majlis Kepimpinan Pelajar (MPK) kolej-kolej kediaman Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), seramai 138 orang pelajar telah menyertai Program Kepimpinan Harapan XIV 2016 (PKH XIV 2016) kali ke-14 yang berlangsung pada 17 hingga 19 November lalu bertempat di Kem Bina Negara, Ulu Sepri, Negeri Sembilan.
 
PKH XIV 2016 merupakan satu program pemantapan organisasi Majlis Kepimpinan Pelajar (MKP) kolej-kolej kediaman di peringkat kolej kediaman. Program tahunan Majlis Pengetua-Pengetua Kolej Kediaman ini telah diselaraskan oleh Kolej kediaman Tun Fatimah bersama beberapa kolej kediaman lain.
 
Para peserta terbabit datang dari lima organisasi kolej kediaman yang terdiri daripada Kolej Kediaman Tun Fatimah (KKTF), Kolej Kediaman Tun Dr. Ismail (KKTDI), Kolej Kediaman Tun Syed Nasir (KKTSN), Kolej Kediaman Perwira (KKP) dan Kolej Kediaman Taman Universiti serta Pelajar Tanpa Asrama.
 
Sepanjang tiga hari program berlangsung, MKP telah didedahkan dengan pelbagai modul sama ada berbentuk latihan dalam kumpulan yang bertujuan membentuk kerjasama pasukan, sehinggalah siri-siri ceramah yang berkisar berkenaan kepimpinan dan etika berorganisasi. Antara modul yang paling mencabar dan member impak tinggi ialah modul Amazing PKH XIV, iaitu satu modul explorace dan khidmat masyarakat yang telah disatukan, tugasan dalam modul ini memerlukan pelajar untuk menyelesaikan empat checkpoint explorace dan dalam masa yang sama menjalankan khidmat masyarakat sekitar Rembau bagi tujuan mengumpul dana sebanyak RM500 setiap satu kumpulan.
 
PKH XIV 2016  pada tahun ini dijalankan dengan pengisian 11 modul merangkumi indoor dan outdoor yang telah dibangunkan sendiri oleh Jawatankuasa PKH XIV 2016. Pembangunan  modul - modul yang dijalankan bermula seawal setahun sebelum program dijalankan dan diikuti dengan tiga siri Training of Trainers bagi memperkasakan fasilitator yang terdiri daripada felo dan pembantu felo.
 
Kemuncak PKH XIV 2016  adalah majlis perasmian penutup yang diadakan pada hari ketiga dan telah disempurnakan oleh Profesor Madya Dr. Asri Selamat, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni). Dalam majlis tersebut beliau turut menyampaikan watikah pelantikan kepada Majlis Kepimpinan Pelajar Kolej – Kolej Kediaman.Sumbangan berjumlah RM2510.50 turut diserahkan kepada badan kebajikan iaitu Rumah Kanak-Kanak Rembau yang diwakili Timbalan Pengetuanya, Puan Satirah binti Hamid. Sumbangan ini merupakan hasil dari dana khidmat masyarakat yang telah di usahakan oleh MKP melalui modul Amazing PKH XIV,  yang mana ianya kali pertama seumpamanya diterapkan di dalam PKH XIV 2016.
 
Program Kepimpinan Harapan untuk organisasi MKP dan Kolej Kediaman ini diharapkan dapat diteruskan legasinya untuk tahun akan datang dan menjadi satu teraju dan satu lagenda dalam usaha membentuk kepimpinan pelajar yang unggul, seperti yang dikatakan Profesor Madya Dr. Asri dalam ucapannya “Model kepimpinan terbaik adalah dari kolej kediaman.”


 
logo-25-tahun-menegak_95.jpg
Technically Above The Rest
W3C Disability Access Decrease Font Size Increase Font Size
default purple colour blue colour green colour
© Universiti Tun Hussein Onn Malaysia 2009. All Rights Reserved.

This website is bound by the Legal Disclaimer, Privacy Policy, Security Policy and Copyright Notice mentioned.

This website is best viewed using Internet Explorer with Compatibility Viewed activated and Mozilla Firefox with screen resolution of 1024x768.