Login | FAQs | About UTHM Portal
Home arrow News Archive arrow Prof. Dr. Ruzairi Abdul Rahim dilantik Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), UTHM
Prof. Dr. Ruzairi Abdul Rahim dilantik Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), UTHM Print E-mail
Hear this article
Profesor Dr. Ruzairi Abdul Rahim telah dilantik sebagai Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) berkuatkuasa mulai 1 Disember 2016. Pelantikan yang dibuat oleh Menteri Pendidikan Tinggi itu adalah untuk tempoh tiga tahun iaitu sehingga 30 November 2019.

Pelantikan Profesor Dr. Ruzairi Abdul Rahim adalah bagi mengisi jawatan Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) UTHM yang sebelum ini disandang oleh Profesor Dr. Hashim Saim yang telah tamat tempoh lantikannya.

Anak kelahiran Sungai Petani, Kedah ini merupakan seorang Profesor dalam bidang Kejuruteraan Instrumentasi Elektronik dan sebelum ini bertugas di Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Skudai sebagai Pengarah di Research Management Centre (RMC).

Lulusan PhD. dari Sheffield Hallam University, United Kingdom ini mempunyai kepakaran dalam bidang Process Tomography & Sensor Technology sehingga pernah dinobatkan sebagai Top Research Scientist Malaysia 2013 oleh Academic Science Malaysia.

Bapa kepada lima anak ini memulakan kerjayanya di UTM sejak 1998 dan sepanjang tempoh itu beliau telah meraih sebanyak 45 anugerah kecemerlangan di peringkat universiti dan juga antarabangsa. Beliau juga sangat aktif dalam bidang penerbitan termasuk penulisan buku dan jurnal dan telah menyelia 35 pelajar Phd dan juga projek penyelidikan.

Seluruh warga UTHM mengucapkan tahniah di atas perlantikan tersebut dan diharapkan Profesor Dr. Ruzairi akan terus menyumbang idea dan kepakaran beliau demi mencapai Visi dan Misi di Universiti ini.
 
 

Last Updated ( Khamis, 01 Disember 2016 )
 
logo-25-tahun-menegak_95.jpg
Technically Above The Rest
W3C Disability Access Decrease Font Size Increase Font Size
default purple colour blue colour green colour
© Universiti Tun Hussein Onn Malaysia 2009. All Rights Reserved.

This website is bound by the Legal Disclaimer, Privacy Policy, Security Policy and Copyright Notice mentioned.

This website is best viewed using Internet Explorer with Compatibility Viewed activated and Mozilla Firefox with screen resolution of 1024x768.