Login | FAQs | About UTHM Portal
Home arrow News Archive arrow “STRIVE FOR LIFE CHARITY RUN” beri kesedaran tentang penyakit kanser
“STRIVE FOR LIFE CHARITY RUN” beri kesedaran tentang penyakit kanser Print E-mail
Hear this article
Bagi meningkatkan kesedaran warga kampus dan masyarakat sekitar tentang bahaya penyakit kanser, seramai 300 orang peserta telah menyertai “Strive For Life Charity Run” yang telah diadakan pada 9 Disember 2016 bertempat di Dewan Terbuka, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM).  
 
Program hasil cetusan idea Encik Ahmad Khirul Nizam Ali selaku Penyelaras Teras Khidmat Masyarakat Festival Kokurikulum Mahasiswa 2016 (FIESKOM) dan pengajar – pengajar Kursus Khidmat Masyarakat dengan kerjasama Yayasan Kanser Tunku Laksamana Johor ini juga bertujuan mengumpul sukarelawan bagi membantu dan menyokong pesakit – pesakit kanser. Peserta larian telah dilepaskan oleh Encik Rosli Bin Itsnin, Setiausaha Jawatankuasa Teknikal, Yayasan Kanser Tunku Laksamana Johor dan Dr. Mohd Khir Bin Mohd Nor, Timbalan Dekan, Jabatan Kokurikulum, Pusat Pengajian Umum dan Kokurikulum, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.
 
Para peserta yang menyertai larian ini yang terbahagi kepada empat kategori iaitu Terbuka Lelaki, Terbuka Perempuan, Pelajar Lelaki dan Pelajar Perempuan dengan jarak larian sejauh 5km. Di samping itu juga satu “Fun Run” turut diadakan di mana para peserta telah berlari sejauh 1 KM bersama – sama bekas pesakit kanser yang dibawakan khas oleh Yayasan sebagai simbolik penganjuran larian amal ini yang julung – julung kali diadakan bersama Yayasan Kanser Tunku Laksamana Johor. 
Keunikan larian ini adalah ianya turut juga disertai oleh kaum keluarga staf UTHM serta pelajar – pelajar yang mengambil Kursus Kokurikulum pada Semester 1 Sesi 2016/17. Pada akhir larian ini semua para peserta telah diberikan pingat penyertaan sebagai menghargai sumbangan dan sokongan mereka di dalam larian ini. Sebahagian hasil daripada penganjuran ini akan dikumpul dan didermakan kepada Yayasan Kanser Tunku Laksamana Johor yang akan diserahkan kepada Duli Yang Maha Mulia Raja Zarith Sofiah binti Almarhum Sultan Idris Shah, Permaisuri Johor di dalam Majlis Penutup FIESKOM 2016.
 
Sementara itu, Yayasan Kanser Tunku Laksamana Johor juga turut mengadakan pameran semasa program tersebut berlangsung di samping membuka peluang kepada warga UTHM untuk menjadi sebahagian daripada Yayasan sebagai sukarelawan. Diharapkan sukarelawan yang mendaftar akan terus menabur bakti bersama – sama Yayasan Kanser Tunku Laksamana Johor dalam membantu pesakit – pesakit kanser. Program larian ini dilaksanakan dalam suasana yang santai dan ceria selari dengan usaha kerajaan bagi mengamalkan gaya hidup yang sihat dalam kalangan masyarakat Malaysia. 

 
logo-25-tahun-menegak_95.jpg
Technically Above The Rest
W3C Disability Access Decrease Font Size Increase Font Size
default purple colour blue colour green colour
© Universiti Tun Hussein Onn Malaysia 2009. All Rights Reserved.

This website is bound by the Legal Disclaimer, Privacy Policy, Security Policy and Copyright Notice mentioned.

This website is best viewed using Internet Explorer with Compatibility Viewed activated and Mozilla Firefox with screen resolution of 1024x768.