Login | FAQs | About UTHM Portal
Home arrow News Archive arrow Tsunami TVET dedah kepentingan TVET melalui aktiviti Corporate Social Responsibility (CSR)
Tsunami TVET dedah kepentingan TVET melalui aktiviti Corporate Social Responsibility (CSR) Print E-mail
Hear this article
Batu Pahat – Selaras dengan usaha kerajaan untuk mengarusperdanakan TVET, maka satu gelombang besar-besaran untuk menjelaskan bidang TVET perlu dimulakan segera di semua peringkat dan institusi yang wujud dalam masyarakat. Justeru itu, satu majlis Pelancaran Technical and Vocational and Education and Training (TVET) telah diadakan di perkarangan Perpustakaan Tun Aminah, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) pada 10 Disember lalu bagi memberi kesedaran kepada masyarakat berkaitan bidang dan kepentingan TVET dalam agenda pembangunan negara.

Majlis yang telah disempurnakan oleh Dr Kee Swee Ann, pakar Nephrology dari Hospital Pantai, Batu Pahat merupakan kemuncak program Corporate Social Responsibility (CSR), anjuran Fakulti Pendidikan yang bermula dari Oktober sehingga Disember 2016 di Parlimen Sri Gading dan Batu Pahat, Johor. Majlis pelancaran tersebut turut mendapat kerjasama daripada syarikat BP Renal Care Sdn. Bhd. yang aktif dengan khidmat masyarakat dalam bidang rawatan dialisis.

Sepanjang tempoh CSR berlangsung, seramai lebih 500 pelajar  dan semua staf akademik dan serta kaki tangan sokongan FPTV terlibat dengan 36 program Tsunami TVET yang telah dijalankan. Kumpulan masyarakat yang didekati untuk melaksanakan Tsunami TVET melebihi 4000 orang merangkumi anak yatim, pelajar Orang Kelainan Upaya (OKU), sekolah tadika, rendah, menengah, menengah atas, Kolej Vokasional, Kolej Jururawat, Kolej Kemahiran Tinggi Mara (KKTM), Institut Perguruan Tun Hussein Onn (IPTHO), penduduk dan Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK), penduduk dan Jawatankuasa taman perumahan, golongan belia, AJK Masjid, Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS), pengusaha homestay, pengusaha gerai makanan, Industri Kecil dan Sederhana (IKS), kelab-kelab sukarelawan, kelab wanita (Jelita) dan pelajar UTHM sendiri.

Objektif pelaksanaan program Tsunami TVET ialah memberitahu masyarakat di Parlimen Sri Gading dan Batu Pahat bahawa TVET bukanlah laluan kedua tetapi laluan alternatif. Ini bermaksud pelajar yang memilih bidang TVET turut berpeluang untuk memperoleh pekerjaan yang bergaji tinggi sama seperti mereka yang memilih bidang pekerjaan profesional seperti jurutera dan akauntan. Selain itu memberi pendedahan kepada masyarakat bahawa asas untuk menguasai TVET ialah kekuatan dan kemahiran psikomotor dan kombinasi penggunaan deria yang synchronize, memaklumkan kepada masyarakat sekeliling bahawa UTHM merupakan institusi TVET yang sewajarnya dijadikan peluang untuk mereka mendalami ilmu dan kemahiran TVET sama ada untuk pembangunan diri sendiri, anak dan keluarga.

Antara pengisian program yang dijalankan ialah melaksanakan aktiviti CSR di pelbagai institusi dan lapisan masyarakat di sekitar Parlimen Sri 
Gading dan Batu Pahat. Setiap program CSR mengetengahkan tema berkaitan TVET. Program-program tersebut seperti mengajar kemahiran memasak di Daerah Rengit, melatih kemahiran mengecat di Kolej Jururawat Parit Raja, Mengajar kemahiran ICT dan servis air cond dalam kalangan belia, mengasah kemahiran lukisan teknik dalam kalangan pelajar, membina kemahiran psikomotor dalam kalangan pelajar tadika KEMAS dan OKU, kemahiran psikomotor dan teknik pemanduan dalam kalangan wanita dan kemahiran teknik dalam sukan dalam kalangan pelajar-pelajar UTHM dan Institusi TVET yang berdekatan dengan kampus UTHM. Perincian program rujuk Jadual 1.

Menerusi Tsunami TVET melalui CSR, FPTV mengharapkan masyarakat tidak lagi menganggap bahawa bidang TVET sebagai kelas kedua dan pelajar TVET dalam kalangan mereka yang kurang bijak dan tiada masa depan. Selain itu adalah diharap masyarakat di Parlimen Sri Gading dan Batu Pahat serta Malaysia keseluruhannya menghantar anak mereka ke UTHM dan IPT yang melaksanakan program-program berlatarkan TVET. Di samping individu seusia kanak-kanak lagi mencintai TVET dan menyedari peri pentingnya pembangunan aspek psikomotor sekiranya berminat dalam bidang TVET. Didambakan juga bahawa masyarakat perlu menyedari bahawa dalam pembangunan individu kemahiran psikomotor adalah sama penting dengan kemahiran kognitif, emosi, rohani dan sosial.

 
logo-25-tahun-menegak_95.jpg
Technically Above The Rest
W3C Disability Access Decrease Font Size Increase Font Size
default purple colour blue colour green colour
© Universiti Tun Hussein Onn Malaysia 2009. All Rights Reserved.

This website is bound by the Legal Disclaimer, Privacy Policy, Security Policy and Copyright Notice mentioned.

This website is best viewed using Internet Explorer with Compatibility Viewed activated and Mozilla Firefox with screen resolution of 1024x768.