Login | FAQs | About UTHM Portal
Home arrow News Archive arrow Fakulti Kejuruteraan Mekanikal dan Pembuatan (FKMP) anjur Karnival Sukan Muafakat FKMP 2016
Fakulti Kejuruteraan Mekanikal dan Pembuatan (FKMP) anjur Karnival Sukan Muafakat FKMP 2016 Print E-mail
Hear this article
Fakulti Kejuruteraan Mekanikal dan Pembuatan (FKMP) buat julung kalinya telah menganjurkan Karnival Sukan Muafakat FKMP 2016. Karnival ini telah dianjurkan oleh Kelab Kebajikan dan Rekreasi Fakulti Kejuruteraan Mekanikal dan Pembuatan (MechClub) dengan kerjasama Persatuan Pelajar Mekanikal (PPM). Karnival Sukan Muafakat FKMP 2016 ini telah berlangsung pada 2 hingga 26 November 2016 ini telah dilancarkan oleh YBhg. Profesor Madya Dr. Shahruddin Mahzan, Dekan FKMP pada 2 November 2016 di Padang Ragbi UTHM sebelum sepak mula bagi acara bola sepak.
 
Menurut pengarah program, Dr.-Ing. Muhammad Akmal Johar, Karnival Sukan Muafakat FKMP 2016 ini dianjurkan sebagai medium bagi mengukuhkan ukhuwah di antara ahli fakulti dan para pelajar di samping dapat mengalakkan gaya hidup sihat di kalangan warga fakulti. Pembahagian rumah sukan adalah berdasarkan kumpulan penasihat akademik (PA) dan mahasiswa mengikut tahun pengajian iaitu Dinamis, Progresif, Kreatif dan Inovatif. 
 
Sepanjang karnival sukan ini berlangsung sebanyak 12 acara telah dipertandingkan iaitu bola sepak, tenis, futsal, badminton, bola jaring, ping-pong, bola tampar, bola keranjang, sepak takraw, Dota 2, tarik tali dan diakhiri dengan Larian Muafakat FKMP. 
 
Acara larian muafakat merupakan acara kemuncak bagi karnival ini telah diadakan pada 26 November 2016. Penyertaan di dalam acara ini tidak terhad kepada warga FKMP sahaja, sebaliknya turut dibuka kepada umum. Ini merupakan salah satu kaedah MechClub untuk mempromosikan Fakulti Kejuruteraan Mekanikal dan Pembuatan secara khususnya dan UTHM secara umumnya kepada masyarakat luar. Seramai 530 peserta telah mendaftar dengan lebih 130 peserta luar. Larian mengelilingi kampus sejauh 3.2km ini bermula dan berakhir di Kompleks Teknologi FKMP. Peserta larian telah berkumpul seawal jam 7.00 pagi dimulakan dengan senamrobik yang dipimpin oleh Dr. Azali.
 
Majlis penutup dan penyampaian hadiah kepada pemenang bagi semua acara sukan yang telah dipertandingkan telah disempurnakan oleh Dekan FKMP, YBhg. Profesor Madya Dr. Shahruddin Mahzan. Beliau di dalam ucapannya, turut memuji semangat kesukanan yang telah ditunjukkan oleh semua ahli fakulti. Ini dapat dibuktikan dengan kedudukan mata yang begitu hampir untuk menentukan juara keseluruh. Setelah mengambil kira mata yang dikumpul melalui Larian Muafakat FKMP, rumah sukan Progresif telah dinobatkan sebagai Johan keseluruhan Sukan Muafakat FKMP 2016 diikuti rumah sukan Kreatif di tempat kedua, Inovatif di tempat ketiga dan Dinamis di tempat keempat. Johan Karnival Sukan Muafakat edisi yang pertama ini telah membawa pulang sebuah Piala Pusingan Sukan Muafakat FKMP yang ditaja oleh Yang berhormat Datuk Samsol Bari bin Jamali, Adun Semarang.
 
Secara keseluruhan, Karnival Sukan Muafakat FKMP 2016 telah berjaya mencapai objektifnya dan memperlihatkan kesungguhan warga fakulti untuk turut sama mengambil bahagian dalam acara-acara sukan yang telah dipertandingkan. Semoga Karnival Sukan Muafakat FKMP ini dapat diteruskan setiap tahun sebagai salah satu aktiviti utama Fakulti Kejuruteraan Mekanikal dan Pembuatan. 
 
 

Last Updated ( Selasa, 20 Disember 2016 )
 
logo-25-tahun-menegak_95.jpg
Technically Above The Rest
W3C Disability Access Decrease Font Size Increase Font Size
default purple colour blue colour green colour
© Universiti Tun Hussein Onn Malaysia 2009. All Rights Reserved.

This website is bound by the Legal Disclaimer, Privacy Policy, Security Policy and Copyright Notice mentioned.

This website is best viewed using Internet Explorer with Compatibility Viewed activated and Mozilla Firefox with screen resolution of 1024x768.