Login | FAQs | About UTHM Portal
Home arrow News Archive arrow UTHM - KEMAS bantu bangunkan bidang agrotourism dan keusahawanan daerah Muar
UTHM - KEMAS bantu bangunkan bidang agrotourism dan keusahawanan daerah Muar Print E-mail
Hear this article
Dalam usaha membangunkan bidang agrotourism dan keusahawanan bagi memacu pembangunan ekonomi daerah Muar, Pejabat Hubungan Universiti dan Masyarakat dan Briged RELA Siswa Siswi (RELASIS) Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), dan Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) negeri Johor berganding bahu menjayakan program Pembangunan Komuniti Muar (PPKM) yang berlangsung pada 8 hingga 11 Disember lalu bertempat di Tanjung Emas dan Tanjung Ketapang, Muar.

PPKM diharap menjadi pembuka mata dan pemacu kepada beberapa aktiviti ekonomi yang membantu daerah Muar menbangunkan sektor pelancongan dan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) tempatan. Di samping memberi peluang perniagaan kepada peniaga di Muar melalui Carboot Sale, konsep Car Boot Sale diketengahkan untuk memberi ruang perniagaan kepada peniaga kecil yang mula bertapak dalam bidang perniagaan.

UTHM turut membantu masyarakat menghargai alam sekitar melalui Projek Kelestarian Hutan Bakau. Bagi tujuan itu, Majlis Perbandaran Muar telah menderma 250 batang benih pokok bakau yang ditanam oleh Sukarelawan dari Kor RELASIS UTHM di kawasan paya bakau Tanjung Ketapang.

Manakala bagi meningkatkan minat dan keprihatinan masyarakat tentang gaya hidup sihat, pihak penganjur berkerjasama dengan Pejabat Kesihatan Daerah Muar menganjurkan Program Berjalan 10,000 Langkah mengelilingi kawasan persisir pantai. Kira-kira 500 orang peserta dari berbagai golongan telah mengambil bahagian dalam acara yang dilepaskan oleh Penolong Naib Canselor (Industri dan Masyarakat), Profesor Dato’ Dr. Abdul Razak Omar.

Lebih menarik lagi seramai 80 orang pelajar UTHM telah membentangkan hasil dapatan dari 25 buah kajian yang berkisar tentang potensi bidang keusahawanan di Muar, seiring dengan hasrat untuk memacu pembangunan ekonomi daerah yang terkenal sebagai bandar perabut dan nurseri terbesar di negara ini.

Sementara itu, beberapa kajian dan produk UTHM telah dipamerkan oleh Pejabat Pengurusan Penyelidikan, Inovasi, Pengkomersilan dan Perundingan (ORICC), di samping pameran peluang pengajian di UTHM diketengahkan oleh Unit Promosi Pejabat Pengurusan Akademik.

Majlis Perasmian Penutup Program Pembangunan Ekonomi telah disempurnakan oleh Exco Pembangunan Wanita, Keluarga Masyarakat Negeri Johor, YB Hajah Asiah Md Ariff pada 11 Ogos lalu, dan turut dihadiri oleh Profesor Dr. Wahid Razzaly, Menjalankan Fungsi Sebagai Naib Canselor merangkap Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa).
Last Updated ( Rabu, 28 Disember 2016 )
 
logo-25-tahun-menegak_95.jpg
Technically Above The Rest
W3C Disability Access Decrease Font Size Increase Font Size
default purple colour blue colour green colour
© Universiti Tun Hussein Onn Malaysia 2009. All Rights Reserved.

This website is bound by the Legal Disclaimer, Privacy Policy, Security Policy and Copyright Notice mentioned.

This website is best viewed using Internet Explorer with Compatibility Viewed activated and Mozilla Firefox with screen resolution of 1024x768.