Login | FAQs | About UTHM Portal
Home arrow News Archive arrow Program Jerayawara Kerjasama Antarabangsa dan Promosi Pendidikan
Program Jerayawara Kerjasama Antarabangsa dan Promosi Pendidikan Print E-mail
Hear this article
Pada tahun 2016, Pejabat Antarabangsa, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) melalui langkah 12 Strategi Pengantarabangsaan telah mengadakan program Jerayawara Kerjasama Antarabangsa dan Promosi Pendidikan di enam negara serata dunia. Program jerayawara ini adalah bertujuan untuk meluaskan dan mengukuhkan jaringan kerjasama antarabangsa UTHM selain mengadakan siri promosi pendidikan di luar negara.
 
Negara-negara yang telah dilawati terdiri dari negara ASEAN seperti Indonesia dan Thailand, China, Pakistan dan negara-negara benua Afrika seperti Sudan dan Nigeria. Pemilihan negara-negara untuk dilawati ini adalah berdasarkan potensi untuk mendapatkan pelajar antarabangsa dari negara tersebut selain jumlah Alumni antarabangsa UTHM yang tinggi di negara tersebut.
 
Usaha untuk mengukuhkan hubungan dua hala bersama Indonesia telah dilaksanakan antaranya melalui penganjuran Seminar Pengantarabangsaan 2016 di Universitas Gadjah Mada, Jogjakarta selain mengaturkan Kuliah Umum bersama Naib Canselor di Universitas Islam Negeri (UIN) Sunan Kalijaga, Jogjakarta.
 
Selain itu, langkah untuk meningkatkan keterlibatan UTHM di China telah diambil melalui promosi pendidikan di Chengdu dengan kerjasama Dongfang International. Wakil dari Pejabat Antarabangsa dan Pusat Pengajian Akademik telah mengadakan promosi di lebih 12 sekolah menengah dan tinggi di sekitar Chengdu. 
 
Pengarah Pejabat Pejabat Antarabangsa, Prof Dr Yusri Hj Yusof telah mengetuai delegasi bersama Dekan Pusat Pengajian Siswazah, Prof. Dr Ismail Abdul Rahman turut melebarkan jaringan kerjasama ke Abuja, Bauchi dan Kano di Nigeria sepanjang tahun 2016 dan sebanyak lapan Surat Hasrat ditandatangani di sana. Sebanyak dua Surat Hasrat telah ditandatangani di Pakistan yang diketuai Dr. Mohd Hisyam Abdul Rahim, dan sebanyak empat Surat Hasrat di Sudan diketuai Prof. Madya Dr. Hjh. Rozaida Ghazali. Pejabat Antarabangsa turut mengambil inisiatif ini untuk bertemu dengan alumni UTHM di negara-negara tersebut dan membincangkan pelbagai prospek kerjasama dengan institusi pendidikan tinggi serta agensi-agensi kerajaan tempatan seperti dalam bidang pertukaran pelajar dan staf, penyeliaan bersama, penyelidikan dan penerbitan bersama dan lain-lain lagi. Langkah untuk melebarkan jaringan kerjasama ini meningkatkan lagi peluang UTHM untuk memberi sumbangan kepakaran dan tenaga bagi kemajuan pendidikan tinggi dan teknologi di negara-negara berkenaan.

 
logo-25-tahun-menegak_95.jpg
Technically Above The Rest
W3C Disability Access Decrease Font Size Increase Font Size
default purple colour blue colour green colour
© Universiti Tun Hussein Onn Malaysia 2009. All Rights Reserved.

This website is bound by the Legal Disclaimer, Privacy Policy, Security Policy and Copyright Notice mentioned.

This website is best viewed using Internet Explorer with Compatibility Viewed activated and Mozilla Firefox with screen resolution of 1024x768.