Login | FAQs | About UTHM Portal
Home arrow News arrow Pelajar FPTV anjur Program Mobility World Class Teachers di Yogyakarta, Indonesia
Pelajar FPTV anjur Program Mobility World Class Teachers di Yogyakarta, Indonesia Print E-mail
Hear this article
Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional (FPTV), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) telah berkolaborasi dengan Universitas Islam Sunan Kalijaga Yogyakarta (UIN) dan Universitas Islam Nusantara Bandung (UNINUS)  dalam menganjurkan program “The 1st Annual International Conference on Islamic Education for The 21st Century” di Yogyakarta, Indonesia.

Program Mobiliti World Class Teachers yang diadakan pada 16 hingga 21 Disember 2016 lalu merupakan anjuran daripada Kelab Pendidikan Teknikal dan Vokasional (KPTV), FPTV yang  disertai oleh 23 orang pelajar sarjana muda daripada pelbagai bidang bersama seorang pegawai pengiring, Dr. Mohd Erfy Ismail.

Program ini bertujuan untuk mengembangkan potensi dan juga pengetahuan mahasiswa yang bakal menjadi seorang guru. Koloborasi dua hala oleh tiga buah universiti ini telah memberi impak kepada peserta yang mana mereka bakal menjadi seorang guru yang mampu berdaya saing di peringkat antarabangsa dan mempunyai integriti yang tinggi. Selain itu, ia juga sebagai satu persediaan terhadap pemikiran yang jauh untuk menjadi guru bertaraf dunia.

Antara pengisian program ini ialah “The 1st Annual International Conference On Islamic Education For The 21st Century”. Seminar  ini menjemput daripada dua orang pengucap utama iaitu Professor Emeritus Dr. Jailani Md Yunos, pensyarah daripada  FPTV dan Dr. Ahmad Ariffi iaitu Dekan Fakultas Tarbiya UIN. Selain itu, acara forum juga dijalankan di mana panelnya terdiri daripada Dr. Ali Abdul Mun’im (Mesir), Sawyet Martin French (USA) dan Gerardette Philips (INDIA). Seminar ini banyak membincangkan tiga topik utama iaitu pendidikan pada abad ke- 21, inovasi dalam pembelajaran dan pengajaran serta teknologi dalam pendidikan.

Peserta program juga sempat mengadakan lawatan sambil belajar ke Universitas Negeri Yogyakarta (UNY) yang merupakan universiti teknikal yang mempunyai persamaan dalam jurusan bidang teknikal yang ditawarkan di FPTV, UTHM. Program ini telah banyak memberikan pengalaman kepada pelajar mengenai perlaksanaan sistem pendidikan antara dua negara iaitu Malaysia dan Indonesia, teknik pengajaran dan pembelajaran abad ke 21, perkongsian ilmu bersama mahasiswa berlainan universit di samping menjalinkan hubungan antarabangsa antara ketiga-tiga buah universiti ini. Selain itu, usaha dan kerjasama oleh ahli jawatankuasa program daripada mahasiswa UTHM dan UIN  telah memberi  kesan yang baik dari segi pertukaran budaya dan secara tidak langsung dapat melahirkan pemimpin yang berwawasan.

Bagi menjayakan program ini, Dr. Erni Munastiwi merupakan salah seorang pensyarah daripada Universitas Islam Sunan Kalijaga telah banyak memberikan sumbangan dan komitmen yang tinggi kepada mahasiswa UTHM dan UIN dalam menguruskan program di Yogyakarta selain pihak pengurusan Fakultas Teknik, UNY.

Jalinan kerjasama peringkat antarabangsa ini diharapkan terus berkekalan bagi melahirkan guru yang cemerlang, gemilang dan terbilang.
 
Technically Above The Rest
W3C Disability Access Decrease Font Size Increase Font Size
default purple colour blue colour green colour
© Universiti Tun Hussein Onn Malaysia 2009. All Rights Reserved.

This website is bound by the Legal Disclaimer, Privacy Policy, Security Policy and Copyright Notice mentioned.

This website is best viewed using Internet Explorer with Compatibility Viewed activated and Mozilla Firefox with screen resolution of 1024x768.